• Kisah Ibu Susuan dan Anak Susuan

    Sebenarnya topik ibu susuan ini  memang tak asing di hati Mek ila sebab Mek ila sendiri punyai 2 orang anak susuan. Alhamdulillah, ini bermakna apabila dicampur dengan Akmal dan Arif, Mek ila dah ada 4 orang anak rupa-rupanya.

    Kenapa Perlu Ibu Susuan?
    Bagi ibu-ibu yang telah memahami betapa pentingnya susu ibu untuk anak-anak, sedaya mungkin mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak sehinggalah anak berumur 2 tahun. Namun perjalanan penyusuan bukanlah sesuatu yang mudah seperti dijangka. Pastinya akan ada pelbagai dugaan di sepanjang perjalanan penyusuan itu.

    Penyusuan-susu-ibu

    Paling menakutkankan bila bekalan susu ibu tiba-tiba berkurangan dan tidak mampu lagi menampung keperluan harian anak. Ada ibu-ibu yang cuba memberikan susu lain kepada anak tetapi ditolak mentah-mentah oleh si anak. Maka atas dasar itulah, ibu-ibu terpaksa mencari ibu susuan untuk anak mereka. Ini cumalah satu penyebab, ada banyak sebab lagi mengapa ibu susuan sangat diperlukan. InsyaAllah Mek ila akan kongsikan lagi di masa-masa yang akan datang.

    Mengapa Ibu Susuan Menjadi Pilihan?

     

    The Ultimate Breastfeeding Book of Answers

    Menurut Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan. Ini juga menjadi penyebab mengapa ada ibu-ibu yang memilih ibu susuan dan bukannya susu yang lain kepada anak-anak.

    Di dalam Islam, pemberian susu ibu kepada anak angkat juga bukan hanya bertujuan untuk menjadikan anak  tadi sebagai muhrim kepada ibu bapa angkatnya sebaliknya ia bertujuan untuk memberikan makanan terbaik untuk bayi.

    Soal Jawab Penyusuan Anak Angkat

    Malah Junjungan Besar Nabi kita juga mempunyai ibu susuan setelah ibunya Siti Aminah mengalami kekeringan susu. Ibu susuan Nabi Muhammad SAW ialah Halimatus Saadiah, seorang wanita berhati mulia yang sanggup menyusukan Nabi walaupun kebanyakan ibu-ibu lain enggan mengambilnya kerana status nabi sebagai anak yatim. Dikatakan kehidupan Halimatus Saadiah juga telah berubah dan semakin murah rezekinya setelah menyusukan Nabi Muhammad S.A.W.


    Syarat-syarat Anak Susuan &  Ibu Susuan

    1. Anak yang disusukan tadi perlu menyusu sekurang-kurangnya 5 kali kenyang dan di dalam tempoh itu anak itu masih berumur di bawah 2 tahun. Pemberian susu tadi boleh secara terus (direct feeding) ataupun hanya melalui susu perahan.
    2.  Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik susuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila. Hubungan persaudaraan ini juga turut bersangkut paut dengan ahli keluarga yang lain sama seperti seolah-olah anak susuan tadi seperti anak kandung.

    Sabda Rasulullah “Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.).

    Walaupun mempunyai hubungan mahram, namun hubungan susuan tidak berkaitan dengan perwarisan harta kecuali jika anak yang disusukan tadi mempunyai hubungan dari segi persaudaraan seperti anak saudara dan sebagainya.

    Para ibu juga wajib meminta kebenaran dan keizinan suami sebelum menjadi ibu susuan atau untuk memberikan anaknya susu daripada ibu susuan.

    (Visited 464 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: , ,

    8 thoughts on “Kisah Ibu Susuan dan Anak Susuan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge