• Resepi Simple Roti Jala ~ Juadah Berbuka Puasa

    Dah lama rasanya Mek ila tidak berkongsi resepi. Almaklumlah Mek ila pun jenis masak yang simple-simple je. Asalkan sedap di sisi suami dan anak-anak pun dah rasa happy. Kebetulan hari ini masak roti jala untuk berbuka puasa dan ada pula rakan yang bertanyakan resepinya. Jadi Mek ila kongsikan di sini dengan pembaca semua ye 🙂

    Resepi Roti Jala

    Bahan bahan:
    2 cawan tepung gandum
    2 sudu besar minyak masak
    1 sudu kecil garam
    1 biji telur – dipukul dadar
    2 cawan air masak* – boleh ditambah atau dikurang ikut kesesuaian.
    1 sudu kecil serbuk kunyit * – jangan terlalu banyak sekadar memberikan warna kekuningan kepada roti jala.

    Cara-cara:
    1. Didalam mangkuk, tuangkan secawan air dahulu
    2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata.

    Adunan Roti Jala 2
    3. Ulangi langkah 1 dan 2 sehingga selesai.
    4. Masukkan telur, garam dan serbuk kunyit. Gaul hingga sebati.

    Adunan Roti Jala 3
    5. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Biasanya Mek ila akan test adunan di dalam bekas acuan roti jala. Jika bancuhan tadi boleh keluar tanpa tersekat, maknanya oklah bancuhan tadi.


    Nota
    Kalau malas nak kacau adunan ni, boleh je kalau masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati. Tapi kalau just nak makan untuk 3-4 orang, kacau pun ok sebab masa yang diambil sekejap sahaja.

     

    Cara Buat
    1. Masukkan bancuhan roti jala ke dalam acuan roti jala seperti di bawah. Acuan ni mudah digunakan berbanding acuan lama berwarna kuning. Hanya tekan untuk mengeluarkan adunan.

    Acuan Roti Jala
    2. Panaskan kuali. Sapukan sedikit minyak di permukaan kuali
    3. Jala roti di atas kuali. Tak mengapa jika sedikit comot kerana ianya akan nampak cantik selepas digulung.

    Jala Roti Jala
    4. Angkat setelah masak. Roti jala tidak perlu diterbalikkan.
    5. Gulung atau dilipat mengikut kesukaan.

    Roti Jala Mek ila

    Bolehlah dimakan dengan kari ayam atau kari daging. Memang sedap hihi, maklumlah tengah lapar kan 🙂

    Selamat Berbuka Puasa!

    (Visited 550 times, 1 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags:

    4 thoughts on “Resepi Simple Roti Jala ~ Juadah Berbuka Puasa

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge