• Sepagi Bersama Basic H Yang Memang Buatkan Kerja-Kerja Mencuci Jadi Mudah!

    Pagi ini tanpa dirancang Mek ila membantu suami membersihkan kawasan belakang sebuah kedai yang dah hampir setahun terbiar tanpa penyewa. Bila sebut je kerja-kerja membersih, Mek ila dah terbayang nak gunakan Basic H yang memang sedia ada di rumah. Maklumlah selama ni hanya gunakan untuk kerja membersih ringan yang tidak kotor jadi tak bolehlah nak test power sangat dengan Basic H ini.

    Bila sampai di kedai, memang rasa terkejut juga dengan keadaan belakang kedai. Kotor bukan sebarang kotor, rasanya ia kesan daripada minyak dan gris yang digunakan oleh penyewa lama yang membuat perniagaan kedai servis kereta.

    Jadi apa lagi Mek ila pun mulalah menyemburkan Basic H ke sinki dan bilik air yang pertama sebelum membersihkannya. Bilik Air kedua pula dibersihkan guna Pembersih Clxrox. Bolehlah kita tengok nanti perbezaan hasil di antara kedua pembersih ini.

    Sinki Kedai

    Bilik Air 1

    Tengah-tengah mencuci, air pula tiada. Memang cabaran betul, tapi takpelah sebab ini baru cucian kali pertama.

    Sinki Selepas

    Dah bersinar kembali sink ni

     

    Bilik Air 1 selepas

    Bilik Air Pertama Pun Dah Cantik Semula

    Bilik air kedua pun sangat kotor. Selepas disental bersama sabun dan Clxrox, mangkuk tandas masih tidak dapat dibersihkan akibat kesan minyak lama yang degil.

    Selepas Dicuci Dengan Klorox

    Memandangkan penggunaan Clxrox kurang berkesan, Mek ila pun semburlah dengan Basic H. Tak dinafikan memang degil kesan minyak ni. Selepas semburan pertama dengan Basic H, hanya sebahagian minyak yang tertanggal. Namun puas hati sebab ianya baru semburan kali pertama.

    Selepas cucian Pertama Basic H

    Memang terbukti Basic H terbukti berkesan dan mudahkan kerja-kerja mencuci. Ianya juga selamat pada tangan, tanpa bahan kimia dan tidak berbau seperti Pembersih Clxrox.

    Basic H Terbaik

    Kesimpulannya kerja mencuci sebegini memang memenatkan lebih-lebih lagi kalau bahan pembersih kurang berkesan. So memang tak rugi beli Basic H sebab dahlah tahan lama lepastu semua benda boleh dicuci termasuk kasut sekolah dan baju sekolah anak. Belum lagi part Basic H boleh diguna untuk masalah kulit gatal, mandian anak demam, halau serangga, ubat kutu rambut.cuci kereta. Paling penting ianya selamat diguna tanpa bahan kimia yang membahayakan kita.

    Nak dapatkan 1 dan jimat banyak? : Jom whatsapp Mek ila 012-8943453 hari ini.

    (Visited 460 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    5 thoughts on “Sepagi Bersama Basic H Yang Memang Buatkan Kerja-Kerja Mencuci Jadi Mudah!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge