-
Tips Galak Anak Kecil Berlatih Puasa
Ramadhan kali ini, umur Arif telah pun memasuki usia 5 tahun. Bermula pada tahun lepas, Arif Fahmi telah pun belajar berpuasa setengah hari walaupun kadang-kadang Arif hanya sempat berpuasa beberapa jam sahaja. InsyaAllah pada tahun ini, Mek ila akan terus melatih Arif Fahmi untuk belajar berpuasa.
Latih anak solat sebelum latih anak berpuasa.
Sesetengah ibu bapa mengambil pendekatan untuk melatih anak bersolat dahulu sebelum melatih anak-anak berpuasa. Dalam perkara ini sebenarnya ada kebaikan dan hikmahnya. Seperti yang kita semua tahu, solat adalah tiang agama dan perkara pertama yang dihisab ketika di akhirat kelak. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita melatih anak-anak secara seiring. Maksudnya melatih anak berpuasa dan dalam masa yang sama menekankan kepentingan dan kewajipan solat kepada anak-anak.
Ceritakan Kepada Anak Tujuan dan Hikmah Berpuasa
Anak-anak pastinya akan bertanya kenapa nak puasa? Puasa tu macam mana? Larat ke mereka berpuasa dan sebagainya? Maka di sinilah letaknya peranan kita sebagai ibu bapa. Kita perlu terangkan dengan mudah kenapa kita diwajibkan berpuasa dan apakah hikmahnya. Sekali lagi Upin Ipin dalam episod Dugaan Ramadhan banyak membantu Arif memahami tentang puasa.Seterusnya jom kita ikuti tips-tips mudah di bawah untuk menggalakkan anak-anak kecil berpuasa.
Baca niat berpuasa bersama-sama setiap malam. Selain tu bawalah anak-anak ke surau untuk solat terawikh bersama-sama. Sekiranya anak masih kecil, pastikan mereka tidak mengganggu jemaah yang lain ketika bersolat.
Bersahur dan berbuka puasa di rumah bersama-sama. Ini dapat memberikan kegembiraan dan semangat kepada mereka. Jika anak tidak larat bangun awal bersahur, bangun lambat sedikit juga tidak mengapa.Libatkan anak dalam pemilihan juadah berbuka puasa. Tanyalah makanan yang digemari mereka. Menghidangan makanan yang disukai dapat menggalakkan minat anak untuk bersahur dan berpuasa. Jika anak larat, ajaklah mereka menyediakan dan menghidang makanan bersama-sama.
Sediakan Jadual Ramadhan
Sediakan jadual comel yang boleh dibuat sendiri menggunakan komputer. Letakkan pelbagai aktiviti di bulan Ramadhan yang boleh dibuat oleh anak-anak. Sebagai contoh anak diberikan 1 bintang apabila bersahur, 1 bintang apabila menunaikan solat fardhu, 1 bintang apabila puasa setengah hari dan sebagainya. Di akhir ramadhan nanti, bintang-bintang ini boleh ditukarkan kepada sebarang hadiah sebagai ganjaran kepada anak-anak.Sebenarnya tidak salah memberikan ganjaran kepada anak-anak untuk menggalakkan mereka berpuasa. Namun jangan lupa menceritakan kepada anak-anak bahawa ganjaran ini hanyalah sebagai tanda galakkan kepada mereka. Anak-anak tetap wajib berpuasa apabila telah dewasa nanti walaupun tiada ganjaran disediakan kerana sebaik-baik ganjaran adalah pahala daripada Allah S.W.T.
Baca Tentang Pengalaman Arif Berpuasa Penuh 21 Hari pada usia 5 tahun.
Berikan Galakan Bukan Paksaan
Harus kita ingat bahawa kanak-kanak kecil masih belum wajib berpuasa seperti orang dewasa. Maka jika anak mengadu tidak larat dan sebagainya, alihkan tumpuan mereka kepada perkara lain terlebih dahulu. Benarkanlah mereka berbuka jika keadaan anak tidak mengizinkannya untuk terus berpuasa. Paling mudah tambahkan sedikit masa berpuasa untuk setiap hari. Sebagai contoh jika anak berbuka puasa hari ini jam 12.00 tengahari, cubalah untuk bertahan setengah jam lebih lama pada keesokan harinya.
Elakkan perkara-perkara yang boleh menggugat tumpuan anak kepada puasa seperti:-
- menonton iklan-iklan makanan di TV yang memang menyelerakan
- membiarkan aanak-anak yang lebih kecil makan makanan di depan mereka.
- bermain berlebihan kerana ini boleh menyebabkan kepenatan.
InsyaAllah, moga-moga kedatangan Ramadhan kali ini akan memberikan satu lagi kenangan manis buat anak-anak kita.
Amin !
(Visited 1,173 times, 1 visits today)Cara Mudah Minum Air Masak Yang Mencukupi di Bulan Puasa Kisah Ibu Susuan dan Anak Susuan
8 thoughts on “Tips Galak Anak Kecil Berlatih Puasa”
Leave a Reply
Tips Galak Anak Kecil Berlatih Puasa
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
bila ada upin ipin, anak kecil saya suka tengok babak dia orang baca doa berbuka puasa.
Dr Fattah recently posted…Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
Hihi, bukan anak-anak je Dr. Yang mak dan ayah pun suka upin ipin ni 🙂
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Minuman Tenaga Berkhasiat Untuk Bulan Puasa
anak-anak beri motivasi untuk berpuasa supaya mereka rasa seronok..
Hero Borneo recently posted…5 Alasan Untuk Menjadi Jutawan
suh tengok upin ipin tu je.
yang episode puasa tu, esoknya mesti nak puasa. hehe
titan recently posted…20 Realiti Dunia Blogging tahun 2015-2020
Bab beli ayam banyak-banyak tu yang tak tahan. Bukan kanak-kanak je, kita yang dewasa ni pun selalu gak camtu, semua makanan nampak sedap 🙂
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Minuman Tenaga Berkhasiat Untuk Bulan Puasa
kecil kecil la kita kena ajar anak kita berpuasa. dah besar nanti senang…dah tak kekok dah.
MNH recently posted…ADRYNAA PASTEL KURUNG DAN KURUNG BATIK NAURAH
tahniah arif bagusnya dah mula belajar berpuasa..aqeef belum mula puasa lagi katanya kat sekolah cikgu bagi biskut ehhehe
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…5 Tanda Anda Bakal Jadi Ibu
Tgk cerita upin ipin berpuasa