• Ulangkaji Bab Puasa : Fakta Ringkas & Padat

    Salam semua 🙂

    Alhamdulillah kita semua akan mula berpuasa tak lama lagi. Jadi Mek ila kongsikan fakta ringkas & padat yang diperolehi di group whatsapp sebagai ingatan & ulangkaji kepada kita semua!

    Ulangkaji Bab Puasa

    Ulangkaji Bab Puasa

    Niat Puasa Ramadhan

    ‘Sahaja aku berpuasa,  pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan  pada tahun ini  kerana Allah Taala’

    Niat Puasa Ramadhan

    Daripada ceramah yang Mek ila dengar tempohari, walaupun kita telah berniat sebulan Ramadhan pada malam yang pertama, ianya perlu juga disusuli dengan niat puasa setiap malam pada malam pertama dan hari-hari seterusnya. Ini kerana niat puasa sebulan ini adalah mengikut pandangan Mazhab Maliki dan bukan mengikut pandangan Mazhab Syafie yang menjadi amalan kita selama ini.

    Namun terdapat juga pandangan lain bahawa walaupun kita terlupa berniat tetapi apabila kita bangun bersahur dengan tujuan untuk berpuasa ia juga telah dikira sebagai berniat untuk berpuasa walaupun ianya tidak dilafazkan.


    Syarat Wajib Puasa :-

    1. Islam
    2. Baligh
    3. Berakal
    4. Sihat
    5. Bermukim (tidak musafir)
    6. Suci daripada haid dan nifas

    Syarat Sah Puasa :-
    1. Islam
    2. Berakal
    3. Mumayyiz
    4. Suci daripada haid dan nifas
    5. Niat puasa

    Syarat Sah Puasa

    Kredit: Slideshare Hossni Amr

    Perkara Yang Membatalkan Puasa :-
    1. Makan dan minum dengan sengaja
    2. Memasukkan dengan sengaja benda kedalam rongga yang terbuka
    3. Muntah dengan sengaja
    4. Keluar haid & nifas
    5. Gila
    6. Murtad
    7. Keluar air mani dengan sengaja
    8. Bersetubuh di siang hari

    Perkara Sunat Ketika Puasa :-

    1. Segera berbuka puasa apabila tiba waktu berbuka
    2. Berbuka dengan kurma atau makanan manis
    3. Baca doa berbuka puasa

    Doa Berpuasa dan Doa Berbuka Puasa
    4. Melambatkan bersahur
    5. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat kebajikan
    6. Sentiasa bersedekah
    7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara sia- sia
    8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

    Makruh Ketika Puasa :-
    1. Bersuntik
    2. Berbekam
    3. Berkumur-Kumur
    4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
    5. Mandi yang berlebihan
    6. Rasa makanan di hujung lidah

    Golongan Yang Wajib Qada’ Puasa :-
    1. Orang sakit yang ada harapan untuk Sembuh
    2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
    3. Wanita yang kedatangan haid dan nifas
    4. Orang yang meninggalkan niat puasa
    5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
    6. Orang yang pitam/mabuk
    7. Orang yang sangat lapar dan dahaga

    Mereka Yang Wajib Membayar Fidyah Puasa :-
    1. Mereka yang tidak dapat mengqada’kan puasa sehingga masuk ramadhan kali kedua – (Fidyah : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada’ puasa)

    Kalau tidak di qada’ sehingga melepasi 2 Tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap 1 hari dan begitulah seterusnya.

    1 cupak beras adalah bersamaan dengan 675g beras atau boleh dibayar mengikut nilai harga beras semasa mengikut gred (anggaran RM1 ++)

     

    Secupak Beras

    2. Orang sakit yang tidak harapan untuk sembuh
    3. Orang yang terlalutua dan tidak berdaya untuk berpuasa
    4. Orang yang ada qada’ puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya : Dibuat oleh waris/ diambil daripada harta pusakanya)

    5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada’ puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya tetapi sekiranya dia takut memudaratkan dirinya, hanya wajib qada’ puasa.

    Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-
    1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa Aakan menambahkan keuzuran
    2. Orang musafir
    3. Org yang terlalu tua dan amat lemah
    4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
    5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri/anak yang disusui.

    Moga bermanfaat.

    Jom baca

    Tips Galakkan Anak Kecil Berlatih Puasa
    Mengapa Badan Mudah Letih Di Bulan Puasa

    (Visited 518 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: , , , , ,

    5 thoughts on “Ulangkaji Bab Puasa : Fakta Ringkas & Padat

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge