• 5 Mitos Tentang Susu Ibu

    Walaupun dah hampir 5 tahun berkenalan dengan Susu Ibu dan menyusukan anak-anak dengan Susu Ibu, Mek ila masih lagi excited dan sentiasa bersemangat untuk belajar dan berkongsi kebaikan Susu Ibu dengan ibu-ibu yang lain di luar sana.

    Susu Ibu Terbaik Di DuniaSusu Ibu sememangnya 1 anugerah yang tidak ternilai daripada Allah kepada seorang ibu yang kemudiannya dapat menyalurkan khasiat dan kebaikannya kepada anak-anak yang baru lahir sehinggalah ia berusia 2 tahun.

    Namun seperti yang pernah Mek ila ceritakan dahulu, perjalanan penyusuan bukanlah semudah yang disangka. Ianya tidak akan dapat dicapai tanpa ilmu, keazaman dan disiplin yang kuat bagi menjayakan penyusuan ini.

    Hari ini Mek ila kongsikan pula beberapa mitos tentang Susu Ibu yang kerapkali berlegar-legar di minda ibu-ibu baru.

    Mitos 1: Ada ibu yang memang tiada susu atau tidak cukup susu.
    Fakta: Kekerapan menyusukan bayi akan merangsang pengeluaran susu yang cukup untuk bayi. Sekiranya ibu mempunyai masalah, dapatkan bantuan daripada Kaunselor Penyusuan atau jururawat terlatih di Klinik Kesihatan berhampiran.

    Mitos 2: Bayi yang menyusu ibu mudah lapar dan perlu diberikan susu tambahan.
    Fakta: Susu ibu adalah mudah dihadam dan satu-satunya makanan yang sesuai untuk bayi baru lahir. Pemberian susu tambahan membuatkan buah pinggang bayi terpaksa terpaksa bekerja lebih keras untuk memproses susu tambahan tadi.

    Mitos 3: Saya akan pandai menyusukan anak bila tiba masanya.
    Fakta: Walaupun penyusuan merupakan sesuatu proses yang semulajadi ianya perlu dipelajari sedikit demi sedikit bermula semasa kehamilan dan merupakan pembelajaran yang berterusan. Antara perkara penting yang perlu dipelajari ialah bagaimana posisi yang betul untuk menyusukan bayi, lekapan penyusuan bayi yang betul, bagaimana mensendawakan bayi dan lain-lain.

    Manfaat Bayi Susu Ibu

    Kelebihan Bayi Susu Ibu

    Mitos 4: Menyusukan bayi satu tugas yang rumit
    Fakta: Menyusukan bayi bagi ibu yang mampu adalah satu tanggungjawab yang amat dititikberatkan di dalam Islam. Sudah pastinya tanggungjawab ini perlu diikuti dengan komitmen yang tinggi bagi menjayakannya  terutama bagi ibu-ibu yang  bekerjaya. Ianya tidak rumit tetapi merupakan satu kebahagiaan dan kepuasan pada ibu-ibu apabila dapat menyusukan sendiri anak-anak mereka.

    Mitos 5: Menyusukan bayi memerlukan belanja yang besar. Ibu perlukan pam susu, bekas storage dan juga mungkin supplemen untuk mengekalkan bekalan susu.
    Fakta: Tepuk dada dan tanyalah hati. Pam susu bukan kewajipan malah ibu-ibu boleh memerah susu dengan tangan jika suka dan  mahir. Terbukti secara saintifik pemberian susu ibu telah banyak membantu meningkatkan kesihatan bayi baru lahir dan meningkatkan kecerdasan minda mereka. Supplemen juga bukanlah kewajipan andai ibu-ibu dapat mengamalkan makanan seimbang yang disyorkan untuk ibu-ibu menyusu.

    Inginkan bantuan tentang penyusuan? InsyaAllah Mek ila sedia membantu. Whatsapp Mek ila di talian 012-8943453.

    (Visited 257 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: , ,

    4 thoughts on “5 Mitos Tentang Susu Ibu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge