• Cara Buat Tempoyak Durian Sedap

    Dalam 2-3 hari ni banyak pula buah durian yang gugur. Nak makan semua memang tak sempat rasanya, jadi macam biasa ada yang bakal ditempoyakkan. Haha, ada ke perkataan ditempoyak ni?

    Durian

    Sebenarnya Mek ila tak pandai sangat makan tempoyak ni. Tapi en hubby memang pandai makan. Jadi kenalah belajar masak juga kan? Sebelum belajar masak tempoyak tu, kena belajar dulu cara membuat tempoyak ni. So inilah cara biasa membuat tempoyak sedap yang digunakan oleh Mother in Law  tersayang Mek ila.

    Bahan-Bahan
    Isi Durian
    Sedikit Garam Halus.

    Cara-Cara
    1. Asingkan isi durian daripada bijinya menggunakan pisau.
    2. Ulang langkah 1 hingga selesai.
    3. Tambahkan sedikit garam halus kepada isi durian. Kacau rata.

    Isi Durian
    4. Masukkan isi durian ke dalam bekas simpanan. Jangan isi penuh (isi hanya 8/10) kerana isi durian akan mengembang dan ruangan kosong diperlukan.
    Tempoyak

    5. Biarkan bekas tempoyak di luar sekurang-kurangnya 24 jam – 48 jam untuk memberikan rasa masam kepada isi durian tadi.
    6. Kemudian, simpan di dalam peti ais dan sedia digunakan sebagai tempoyak.

     

    Tips Dapatkan Tempoyak Yang Sedap

    Mesti pembaca pelik kan kenapa ada tempoyak yang sedap dan kenapa ada yang kurang sedap. Tipsnya adalah pada pemilihan isi durian itu sendiri. Kalau yang berniaga, tempoyak yang dihasilkan mungkin dari buah yang kurang masak atau kurang sedap rasanya. Bila begitu, tempoyaknya juga jadi kurang umphhs. Maka nak dapatkan durianyang sedap, pilih isi yang sedap dan manis. Lagi sedap kalau pilih durian  Musang King @ D24 hihi..


    Masakan Tempoyak
    Antara masakan yang sesuai dan sedap dimasak bersama tempoyak ialah sambal tempoyak dan masak lemak tempoyak. InsyaAllah nanti dah pandai masak, bolehlah Mek ila kongsikan ye!

    Tempoyak Udang

    Masakan Tempoyak Udang Petai MIL tersayang

    (Visited 31,303 times, 44 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap, Umum

    Tags: , ,

    4 thoughts on “Cara Buat Tempoyak Durian Sedap

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge