• Hikmah Buat Aqiqah Bayi : Sunat Yang Sangat Dituntut

    Menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang sangat menggembirakan ibu bapa. Di dalam Islam, ibadah Aqiqah sangat digalakkan untuk dilaksanakan oleh ibu bapa yang berkeupayaan. Aqiqah ini dianggap sebagai penebus kepada anak yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Mudah – mudahan dengan penyempurnaan ibadah ini,  anak tadi sihat walafiat dan dapat membesar dengan sihat dan sempurna.

    aqiqah

    Hikmah dan Kelebihan Aqiqah

    • Sebagai tanda syukur kepada Allah yang telah mengurniakan anak, anugerah yang tidak ternilai kepada kita
    • Sebagai perantara untuk memohon kepada Allah agar anak yang baru lahir ini terjaga dan dibimbing ke jalan yang diredhaiNya.
    • Memperkenalkan bayi kepada umum dan dapat mempereratkan lagi silaturrahim di antara keluarga, jiran-jiran dan para sahabat.
    • Dapat menjalinkan ikatan sosial terutamanya dengan fakir miskin dan anak-anak yatim iaitu dengan menjamu mereka makan daging aqiqah yang disembelih.

    Majlis Akikah

    Sekitar Majlis Akikah Anak Ke 2 Irma

     

    HUKUM AQIQAH

    Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Aqiqah ini turut dibuat oleh Nabi Muhammad SAW untuk cucunda baginda iaitu Hassan dan Hussain AS.

    Perlaksanaan ibadah aqiqah ini dibuat anak lelaki mahupun anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bemaksud ” Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.(HR. Ahmad & Tirmizi).

    Sebaik-baik Aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka dilaksanakan pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.

     

    Bagaimana pula kalau kita telah dewasa namun belum buat akikah semasa kecil?

    Tuntutan melaksanakan Ibadah Aqiqah ini oleh ibu bapa adalah bermula sebaik sahaja anak itu lahir sehinggalah ia mencapai umur baligh. Apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai baligh tetapi belum sempat melaksanakan Aqiqah  maka tuntutan sunat itu adalah dibolehkan ke atas dirinya sendiri *. Ini menunjukkan bahawa Aqiqah ini sangat dituntut hingga pelaksanaannya dipindahkan kepada anak tadi apabila beliau telah dewasa.

    *Sumber: Mufti WP.

    Mek ila juga tidak berkesempatan dibuatkan Aqiqah semasa kecil, jadi  aqiqah untuk diri sendiri ini telah Mek ila buat beberapa tahun yang lalu. Perkara belum buat Aqiqah ini hanya Mek ila ketahui bila bertanya kepada Ibu. Maklumlah mungkin pada masa dahulu, majlis akikah ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara kebiasaan seperti sekarang ini. Jadi pembaca semua juga bolehlah cek dengan ibu bapa masing-masing, manalah tau kalau-kalau aqiqah untuk kita tidak sempat dilaksanakan semasa kecil dahulu. Buat Aqiqah secara online di negara Islam yang miskin juga sangat mudah, hanya klik di Laman Web Aqiqah dan Qurban ini.

    eQurban-2015-300x250

    Akikah di Luar Negara/ Negara Islam Yang Memerlukan

    Memandangkan dua-dua anak Mek ila adalah lelaki, Mek ila mengambil kesempatan untuk membuat 1 bahagian Aqiqah di Kemboja dan 1 lagi bahagian semasa kenduri mereka bersama ahli keluarga. Bila buat di negara Islam yang memerlukan, kita dapat menjamu mereka makan masakan daging yang jarang-jarang dapat mereka nikmati akibat kesempitan hidup di samping dapat sekeping sijil Penyertaan Aqiqah sebagai tanda kenang-kenangan.

    Kalau pembaca semua nak buat Aqiqah atau Qurban di negara Islam seperti Kemboja atau negara-negara Islam yang lainm bolehlah klik di Laman Web Aqiqah dan Qurban ini. Mek ila memang suka dan berpuas hati dengan perkhidmatan dan servis yang mereka tawarkan.

    Yang penting sama-sama kita hayati kepentingan Ibadah Aqiqah ini dan mengutamakan perkara ini berbanding perkara yang lain, InsyaAllah.

    (Visited 490 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Umum

    Tags: ,

    8 thoughts on “Hikmah Buat Aqiqah Bayi : Sunat Yang Sangat Dituntut

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge