• Kenali Power Pumping dan Kebaikannya Untuk Ibu Menyusu

    Seringkali kita mendengar tentang Power Pumping yang selalu disarankan untuk ibu-ibu yang menyusukan. Namun masih ramai juga ibu-ibu yang kurang jelas tentang Power Pumping ini dan cara-cara membuat Power Pumping (PP). InsyaAllah, dalam entry kali ini Mek ila akan berkongsi sedikit sebanyak info tentang PP dan cara mudah membuatnya. Ianya memang sangat bagus untuk meningkatkan kembali penghasilan susu ibu terutamanya selepas lama bercuti tanpa mengepam.

    Power Pumping

    Definisi Power Pumping.

    PP merupakan teknik mengepam yang boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya  melibatkan teknik dan proses mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik seperti stimulasi. Ideanya adalah untuk meniru penyusuan bayi bagi meningkatkan bekalan susu ibu.

    Power Pumping Sesuai Untuk

    • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat di mana teknik ini boleh digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
    • Ibu yang ingin menyusukan semula bayi (relaktasi) setelah berhenti menyusukan bayi atas sebab tertentu.
    • Ibu yang kekurangan susu dan ingin memperbanyakan semula susu.

    Cara Membuat Power Pumping

    Untuk Pam Single
    Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar- tukar setiap 10 minit berterusan selama 60 minit.

    Untuk Double Pump
    Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat selama 10 minit, sambung mengepam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya berterusan selama 60 minit.

    Ibu-Ibu disarankan untuk membuat power pumping ni sekali sehari. Waktu yang paling sesuai ialah selepas tengah malam hingga ke waktu subuh kerana hormon prolaktin sangat tinggi pada waktu ni.

    Cara Buat PP

    Kredit: Nutrisisemulajadi.com

     

    Berapa Lama Untuk Melihat Hasilnya?

    Membuat power pumping memerlukan kesabaran. Mek ila juga pernah membuatnya ketika Akmal berusia setahun 6 bulan dahulu. Secara teori hasilnya dapat dilihat selepas 2 minggu walaupun mungkin ada ibu-ibu yang memperolehi hasilnya seawal 1 minggu. Jadi  mommy semua janganlah putus asa jika di awal-awal membuat PP hasilnya cuma setitik dua dan kurang memberangsangkan. Teruskan dengan istiqamah dan sentiasalah berdoa!

    Semasa Akmal dulu, Mek ila turut mengamalkan pengambilan ESP bagi membantu mempercepatkan lagi proses ini. Dan Alhamdulillah, siapa sangka Akmal masih lagi menyusu ketika usianya hampir mencecah 2 tahun setengah ketika ini. Selain itu, ibu-Ibu juga boleh mengamalkan makanan semulajadi yang dapat membantu meningkatkan bekalan susu. Kata orang power pumping pun buat, pemakanan pun kita jaga.

    Jadikan PP Amalan Berterusan

    Mommy boleh sahaja berhenti membuat PP apabila bekalan susu telah kembali banyak dan cukup. Namun PP amat bagus dijadikan amalan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Kata orang tidak salah sentiasa beringat agar hasrat kita untuk menyusukan anak-anak sehingga 2 tahun tercapai. Ingat, menyusukan anak selama 2 tahun penuh bukanlah perkara yang mustahil walaupun kepada ibu-ibu yang berkerjaya.

    Salam Sayang;
    Mek ila

    (Visited 839 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: , ,

    One thought on “Kenali Power Pumping dan Kebaikannya Untuk Ibu Menyusu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge