• Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir ?

    Dalam entry yang lepas, Mek ila ada mengupas tentang hikmah membuat akikah untuk bayi. Selain membuat akikah, ada 1 lagi perkara sunat yang sangat digalakkan iaitu mencukur rambut bayi baru lahir atau dalam erti kata lain membotakkan rambut bayi. Mencukur rambut bayi adalah berbeza dengan mencukur jambul di mana mencukur jambul hanya melibatkan guntingan sebahagian sahaja daripada keseluruhan rambut bayi.

    cukur rambut bayi

    Tujuan utama bercukur adalah untuk menghilangkan kotoran pada bayi. Ketika di dalam kandungan dan semasa bersalin terdapat banyak kotoran yang melekat di badan bayi termasuk di bahagian rambut. Dalam erti kata yang lain kita membuang rambut yang kotor dan lemah agar berganti dengan rambut yang lebih sihat dan kuat . Dikatakan mencukur ini juga sangat bermanfaat kepada kesihatan kepala dan membuatkan bayi lebih nyaman dan selesa. Malah mencukur juga sangat bermanfaat untuk menguatkan deria penglihatan, deria rasa dan dan deria pendengaran bayi.

    Semasa Arif Lahir, hubby Mek ila nak sangat mencukur rambut Arif sendiri. Namun kerana tiada pengalaman dan di atas nasihat MIL untuk melihat dahulu, urusan mencukur Arif dibuat oleh Bidan yang terlatih. Jadi bila Akmal lahir, hubby dengan sukacitanya mengotakan hasrat untuk mencukur rambut Akmal.

    Tips Mudah Mencukur Rambut Bayi

    1. Lebih Mudah Jika Bayi Sedang Tidur
    Mencukur mungkin membuatkan bayi kurang selesa. Jadi lebih mudah kalau mencukur dibuat ketika bayi sedang tidur. Gendong bayi di bahagian siku agar seluruh bahagian kepala bayi terdedah dan dapat dicukur dengan mudah.

    2. Gunakan Peralatan Yang Tajam dan Mencukupi.
    2 peralatan utama yang perlu ada ialah gunting/mesin pemotong rambut dan pisau pencukur. Selain itu sediakan juga bekas air yang digunakan untuk membasah serta membersihkan rambut bayi. Sediakan juga antiseptik dan putik kapas untuk mengeringkan luka seandainya kulit kepala bayi terluka semasa proses mencukur dijalankan.

    Acu & Papa

    3. Mulakan dengan menggunting rambut yang lebat
    Gunakan gunting atau mesin penggunting rambut untuk memotong rambut bayi. Basahkan sedikit rambut bayi dengan air bagi memudahkan proses guntingan.  Setelah pendek, barulah digunakan pisau pencukur. Cukur sama arah dengan arah pertumbuhan rambut bayi untuk mengurangkan risiko terluka.

    4. Jangan Terburu-buru.
    Sekiranya bayi tersedar dan mula menangis, tenangkan bayi terlebih dahulu. Cara paling mudah ialah dengan memberikan bayi susu. Sambung semula proses mencukur jika keadaan mengizinkan. Jika tidak, proses mencukur mungkin boleh disambung semula pada sesi yang lain. Walaupun nampak mudah, proses mencukur bayi mungkin mengambil masa sehingga 2 jam jika ibu bapa belum mahir sepenuhnya.

    Selepas bercukur, kepala bayi akan rasa lebih ringan dan sejuk. Bagi mengelakkan bayi terkejut, Mek ila gunakan bedak sejuk yang diramas dengan sedikit air lalu disapukan ke seluruh rambut bayi dengan bacaan selawat sebanyak 3 kali.

    Baby Akmal

    Hasil Kerja Papa + Acu Akmal. Comel tak saya?

    Selamat Mencuba!

    (Visited 7,469 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    9 thoughts on “Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir ?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge