• Resepi Agar-Agar Kaca Yang Menawan Di Rumah Terbuka

    Agar-agar kaca? Mana boleh makan kaca ibu, kata Arif bila Mek ila bagitau nak buat Agar-Agar Kaca. Sebenarnya dah lama sungguh tak buat agar-agar ni. Rasanya last dulu semasa sekolah menengah. Maklumlah lepas tu dah banyak resepi agar-agar yang lagi sedap dan modern seperti Agar-Agar Oreo ini.

    Old Time

     

    Agar-Agar Kaca

    Bahan-Bahan
    1. Sebungkus agar-agar – seperti biasa Mek ila gunakan cap burung layang-layang
    2. 1400 ml air (rujuk sukatan mengikut jenis agar-agar yang digunakan)
    3. Gula secukup rasa – anggaran 2 senduk
    4. 3-4 pewarna @ perasa pilihan. Kali ni Mek ila gunakan pewarna merah, kuning, hijau dan perasa milo


     Cara-Cara
    1. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga agar-agar hancur sepenuhnya.

    Masak Agar-Agar
    2. Seterusnya masukkan gula dan biarkan ia larut

    Untuk Membuat Kaca
    3. Tuang sedikit adunan ke dalam 4 bekas dan tambahkan pewarna/ perasa
    4. Biarkan ia keras dan kemudian potong dadu

    Potong Dadu

    5. Lebihan Adunan tadi dimasukkan ke dalam loyang yang besar. Sekiranya adunan ini telah sedikit beku, cairkan semula dengan api yang kecil.
    6. Taburkan agar-agar yang telah dipotong berselang seli mengikut warna.
    7. Biarkan sejuk dan sedia dimakan.

    Bila dah siapa Arif kata ” Wah, cantiknya ibu”. Hihi!

    (Visited 3,103 times, 1 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags: ,

    One thought on “Resepi Agar-Agar Kaca Yang Menawan Di Rumah Terbuka

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge