• Resepi Sayur Masak Dalca Tanpa Dal

    Hahaha, pelik kan tajuk entry Mek ila kali ni. Alkisahnya semalam Mek ila masak Nasi Arab untuk berbuka puasa. Seperti biasa Set Nasi Arab ni biasanya ada sos, Salad Arab dan ayam. Kalau makan Nasi Arab di Saba Cyberjaya dulu, ianya turut disertakan dengan kuah ala-ala kari cair untuk menyedapkan lagi hidangan. Jadi Mek ila pun teringinlah nak buat Dalca untuk dimakan bersama-sama.

    Sayur

    Memandangkan di rumah tiada Dal dan malas nak ke kedai, jadi kita masak jugalah Sayur Dalca ini tanpa Dal. Hasilnya boleh tahan juga dan enak dimakan bersama nasi Arab atau nasi putih biasa. Jadi kalau pembaca semua nak cuba, bolehlah cuba resepi ini ye!

    Bahan-Bahan

    Kisar Bersama
    1 biji bawang merah
    3 biji bawang putih
    Sedikit halia

    1 sudu besar Serbuk Kari Daging dibancuh dengan sedikit air.

    Rempah Kari dan rempah tumis
    Sedikit rempah tumis-  jika ada. Kalau takde pun xpe sebab serbuk Kari pun dah cukup.
    1 cawan santan kelapa.
    Sayur-sayuran yang sesuai seperti kentang, karot, terung, kacang panjang dan bende.

    Cara- Cara :
    1. Tumiskan rempah tumis dan bahan kisar di dalam kuali hingga naik bau.

    Tumis
    2. Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing
    3. Masukkan air dan tunggu  hingga mendidih.
    4. Masukkan sayuran yang keras terlebih dahulu seperti kentang dan carrot. Bila dah empuk baru masukkan sayuran lembut seperti terung, kacang panjang dan bende.
    5. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau sekejap hingga mendidih.
    6. Sedia dihidang.

    Nota
    Kalau ada dal tadi, ambil segenggam dan rebus berasingan hingga empuk. Bila semua sayur dah empuk, bolehlah masukkan dal bersama santan tadi. Sebenarnya lagi sedap ada dal sebab namanya pun Dalca hihi.

    Nak berbuka punya cerita, lupa nak ambik gambar. Ni gambar selepas berbuka dan ada comot-comot sikit. Abaikan ye!

    Sayur Kari Tanpa Dalca
    Masakan ni  boleh kita convert kepada masak kari ayam atau kari daging. Dulu dulu Mek ila rasa susah sangat nak masak kari, tapi bila tahu resepi asasnya, ia jadi mudah. Cuma perlukan kita praktis beberapa kali dan InsyaAllah hasilnya pasti memuaskan hati. Satu lagi  kalau suka pedas, masa menumis tu bolehlah tambahkan sedikit cili kisar. Kalau suka kari pekat jangan letak air banyak sangat. Kalau suka cair, bolehlah letak air lebih.

    Selamat Mencuba!

    P/s: kalau dah lengkap dengan dalca ni, makan dengan roti canai pun sedap.

    (Visited 17,095 times, 9 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags: ,

    2 thoughts on “Resepi Sayur Masak Dalca Tanpa Dal

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge