• Soalan Tentang Anak Sangat Sensitif. Berhenti Bertanya Soalan Yang Jawapannya Hanya Allah Yang Tahu

    Alhamdulillah, kemeriahan Syawal masih lagi terasa walaupun dah hampir seminggu kita berhari Raya. Dalam kita berseronok beraya, ada juga teman-teman Mek ila yang berdukacita. Tak lain tak bukan bila persolan tentang anak ditimbulkan.

    Anak Anugerah Terindah

    Sebenarnya soalan tentang anak bukanlah perkara yang menyedihkan, ini kerana yang menyoal juga biasanya mengambil berat tentang kita. Yang menyedihkan apabila soalan yang dilontarkan berbau sindiran dan seperti tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak adalah kurniaan Allah.

    Siapa yang tak mahukan anak? Siapa yang tak rindukan kehadiran tangisan dan ketawa anak-anak? Lebih-lebih lagi anak-anak adalah pengikat kasih di antara suami dan isteri. Malah anak-anak juga adalah pewaris kepada keturunan kita.

    Satu masa dulu, Mek ila juga turut dilontarkan dengan persoalan ini. Memang sedih bila yang bertanya ni jumpa setahun sekali pun tidak. Kenal sangat pun tidak, tiba-tiba datang dan bertanyakan soalan yang sangat peribadi. Contohnya : Korang ni memang tak nak anak ke? Dah lama kahwin, tak kan belum ada? Masa tu cuma mampu menjawab, Dah ada dah seorang tapi Allah lebih sayangkan dia.

    Bagaimana pula kalau pasangan yang memang tidak pernah punyai anak, bolehkah kalau mereka jawab:

    Kami dah tempah anak di kedai. Tapi belum sampai lagi.

    Seperti yang disampaikan Ustaz dalam Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 dalam Ramadhan yang lepas, berhentilah bertanyakan soalan yang jawapannya hanya Allah yang Tahu. Soalan begini juga hanya menimbulkan kesedihan kepada pasangan-pasangan yang telah berusaha mendapatkan anak tetapi masih belum dikurniakan rezeki yang Terindah ini. Sebaiknya kita turut mendoakan dan menyuruh mereka bersabar di atas ujian yang diberikan ini.

    cartoon_kids_playing

    Bagi yang telah punyai anak pula, sama-sama kita didik anak-anak agar menjadi insan yang soleh dan solehah, Amin.

    Baca: Vitamin Untuk Kesuburan.

    (Visited 516 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi

    Tags: ,

    3 thoughts on “Soalan Tentang Anak Sangat Sensitif. Berhenti Bertanya Soalan Yang Jawapannya Hanya Allah Yang Tahu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge