• Teruja Nak Naik Keretapi Laju ETS

    Terbaru di Malaysia, kita ada Keretapi Laju ETS atau nama penuhnya Perkhidmatan Tren Elektrik. Laluan ETS ini adalah daripada Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur. ETS ini akan berhenti di 15 hentian iaitu bermula di KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar. Harga tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan sebaliknya adalah RM80. Tiket untuk kanak-kanak pula ialah RM40.

    ETS KL Padang Besar

    Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berlepas pada jam 9.30 pagi dan tiba pada jam 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pada jam 4 petang dan tiba pada 9.15 malam. Ini bermakna perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam setengah untuk sampai ke Padang Besar daripada Kuala Lumpur. Satu tempoh yang agak lama juga. Ini kerana ETS ini perlu berhenti di 15 stesyen. Bayangkan kalau ETS ini non stop pasti tempoh masa yang diambil untuk sampai adalah lebih cepat. Malah kalau naik kereta sekalipun dari KL ke Padang Besar non stop ianya akan mengambil masa 5 jam ++ juga.

    Jarak KL Perlis

    Jarak Perjalanan KL ke Padang Besar – Sumber Google Maps

    Tren ini mempunyai enam gerabak dan  boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan. Cuma yang belum dapat Mek ila bayangkan ialah bagaimana tren ini beroperasi dalam menempatkan para penumpang. Maklumlah jika ikut Tren biasa, tempat duduk adalah open dan kita boleh duduk di mana mana sahaja. Memang pening juga kalau cara yang sama digunakan untuk perjalanan jarak jauh ini.

    Tentang bab makan pula, tiada apa yang perlu dirisaakan kerana ETS menyediakan mini cafe. Bayangkan kita naik tren jam 9.30 pagi. Pastinya pukul 12 atau 1 perut dah lapar dan minta diisi. Selain cafe, soket elektrik, tempat duduk boleh laras, skrin LCD yang menayangkan filem untuk hiburan para penumpang turut disediakan.

    Lapar

    Istimewanya setiap penumpang ETS akan mendapat layanan kru kabin yang sedia membantu apa sahaja berkaitan perjalanan dan keadaan dalam gerabak bermula daripada penumpang masuk ke dalam tren sehinggalah mereka tiba ke destinasi masing-masing. Kiranya ada pramugari dan pramugara juga.

    Pembelian dan tempahan tiket ETS ini telah bermula pada hari semalam (Jumaat). Kalau ada sebarang pertanyaan tentang ETS, pembaca bolehlah layari web KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862.

    (Visited 3,752 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags: ,

    8 thoughts on “Teruja Nak Naik Keretapi Laju ETS

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge