• Tips Suami Isteri Elak Gaduh Bila Time Nak Balik Beraya

    Masuk je bulan Ramadhan, ada rakan-rakan Mek ila yang dah gundah gulana. Di kala ramai yang bergembira sebab tak lama lagi nak menyambut hari raya, ada pula yang bersedih memikirkan pengakhiran ramadhan iaitu entah di mana mereka akan beraya.

    “Sedihlah ila, tiap-tiap tahun asyik nak balik rumah mak dia aja. Aku bukannya tak suka tapi sesekali aku teringin juga nak beraya dengan emak ayah aku pula. Bayangkan sepanjang 7 tahun kahwin, hanya sekali je aku dapat beraya kat rumah mak ayah aku. Itupun tahun pertama perkahwinan. Lepas tu jangan haraplah. Kalau balik pun dah nak masuk raya ke 3 atau 4. Sedangkan Melaka dengan Johor bukan jauh mana pun.

    Sedih pula dengar cerita kawan seorang ni. Sebenarnya ini kisah Ramadhan tahun lepas. Kawan ni datang mengadu sebab katanya dia tengok Mek ila tak pernah gaduh pun bab balik raya ni. (Hahaha, ada sebab tau kenapa Mek ila tak kisah langsung beraya di mana-mana).

    Balik Kg

    Memandangkan kawan ini meminta tips, maka Mek ila pun menurunkan sedikit tips padanya. Kalau pembaca teringin nak mengikutinya, buatlah jangan malu-malu ok. Mana tahu tahun ini kita dapat pulang beraya ke rumah ibu dan ayah dengan gembiranya.

    Tips 1: Beraya Di Mana-Mana Pun Sama
    Sebelum pembaca semua nak bergaduh tentang pulang beraya, sematkan tips ini di dalam hati masing-masing. Sebenarnya beraya di mana-mana pun sama asalkan dapat  bersama keluarga kecil kita. Keluarga kecil ini tentulah pasangan dan anak-anak kita. KENAPA Mek ila kata begitu?

    Bayangkan tahun ini pasangan kita dihantar bertugas di luar negara seperti yang selalu terjadi kepada prajurit negara. Apa perasaan korang? Beraya tanpa pasangan di sisi. Nak makan ketupat pun pasti tak lalu kan? Atau anak-anak kita ada yang masuk hospital sebab sakit. Tentu kita juga tak lalu nak beraya ataupun nak pulang ke kampung.

    Jadi bersyukurlah atas nikmat dapat beraya bersama-sama walaupun masih tak tahu lagi destinasi perayaan kita.

    Tips 2: Jangan Gaduh. Gunakan Psikologi.
    Dah bertahun-tahun pasangan kita membuat keputusan sendiri. Baginya beraya di kampung dia sahaja yang penting. Jadi bukan mudah nak mengubah keadaan ini. Silap cara, boleh bergaduh dibuatnya. Jadi, cubalah pembaca semua tanyakan soalan-soalan berbentuk psikologi ini kepadanya. Janganlah tiru bulat-bulat, tapi ubahlah ikut kesesuaian dan kisah masing-masing.

    Pembaca : Awak, awak sayang tak kat ayah dan mak ayah awak.
    Pasangan: Mestilah, saya sayang. Kan mereka mak ayah saya.
    Pembaca: Bertuahnya mak ayah awak kan. Ada anak macam awak.
    Pasangan: Mestilah. Eh kenapa awak tanya. Awak tak sayang ke mak ayah awak?

    Pembaca: Takdelah sayang sangat pun. Sebab tu saya tak kisah pun kalau tak dapat balik beraya dengan mereka.

    Pasangan: Whatt?? Biar betul awak ni.

    Kalau perbualan berakhir begini dan mood pasangan boleh ok, bolehlah pembaca cucuk jarum pula.

    Siapa yang tak sayang mak ayah kan? Kalau awak sayang mak ayah awak sebab dah lahir dan besarkan awak. Saya juga begitu. Kalau awak beria dan berkeras nak balik ke kampung sebab sayangkan mak ayah awak, saya pun begitu. Kalau mak ayah awak sedih sebab kita tak balik beraya tahun ni cuba bayangkanperasaan mak dan ayah saya sebab dah bertahun kita tak balik beraya 1 syawal dengan mereka. Bezanya saya terpaksa mengalah sebab saya sayangkan keluarga saya dan tak nak kita berpisah kalau kita beraya berasingan nanti.

    Perbulan seterusnya pandai-pandailah pembaca nak teruskan ok. Just keep cool dan ingat jangan bertengkar. Hentikan perbincangan jika pasangan jadi marah. Next time bila ada masa bolehlah sambung lagi.


    Tips 3:
    Kaitkan Dengan Anak-Anak.

    Kalau pembaca yang dah ada anak, bolehlah pembaca kaitkan pula dengan anak-anak.

    Bila anak-anak dah besar nanti dan dah berkahwin, mesti kita rasa sunyi kan. Lebih-lebih lagi kalau waktu raya. Mana tahu menantu kita tu asyik nak balik rumah mak dia je macam awak? Kesian kita nanti. Tiap tiap tahun beraya berdua je. Kalau saya pergi dulu, agaknya awak kena beraya sorang-sorang kan?

    Haha, tengok tu. Kan dah kena tembak lagi.

    Tu antara contoh-contoh yang Mek ila berikan pada kawan tadi. Alhamdulillah jangan tak caya, tahun lepas kawan Mek ila tu dapat mengajak pasangannya balik ke kampung beraya bersama keluarganya. Malah pasangannya juga makin mengerti erti kasih sayang sebenar selepas melalui perkara ini.

    Selamat Hari Raya

    Kewajipan Kepada Ibu Bapa dan Ibu Bapa Mertua Adalah Sama

    Di dalam Islam, kewajipan mentaati ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua adalah sama dan tiada bezanya. Maka jangan sesekali kita membezakan mereka. Seandainya keadaan mengizinkan, bergilir pulang ke kampung adalah perkara yang baik bagi menjaga keharmonian rumah tangga. Namun begitu, bergilir juga bukanlah satu kewajipan. Jika ada perkara-perkara yang tidak mengizinkan seperti ibu bapa kita/pasangan lebih memerlukan kehadiran kita, maka utamakanlah mana yang lebih utama.

    Tidak rugi mengalah dan beralah kerana suatu masa nanti perkara yang sama juga akan berlaku pada kita. Kita juga akan tua dan berada di tempat ibu bapa/ ibu bapa mertua kita. Malah anak-anak juga pastinya mengikuti dan mengamalkan nilai-nilai mulia yang telah kita ajar dan sematkan di jiwa mereka sejak mereka kecil lagi.

    Kalau kita sendiri tidak mentaati dan menghormati ibu bapa, mungkinkah anak-anak kita nanti akan menghormati kita?

    Salam Sayang & Moga KedatanganHari Raya Tahun ini akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara kita. Amin !

    (Visited 673 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi, Tips Suami Isteri, Umum

    Tags: , , ,

    7 thoughts on “Tips Suami Isteri Elak Gaduh Bila Time Nak Balik Beraya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge