• Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk Mula Scan Kandungan

    Memang seronok sangat bila kita disahkan hamil. Bagi ibu-ibu yang bermasalah seperti Mek ila ni, bila dah hamil je memang cepat-cepat kena jumpa Pakar. Pakar O&G yang sering Mek ila kunjungi ialah Dr Marlik Abu, Ada kisah di sebaliknya mengapa Dr Marlik ni jadi pilihan. Selain diperkenalkan oleh rakan suami, Dr Marlik ni memang seorang Dr yang caring dan caj rawatannya juga sangat murah bagi mereka yang membayar sendiri. Selain itu kepakarannya dalam kes kehamilan Mek ila ni juga membuatkan Mek ila setia dengan Dr Marlik hinggalah sekarang.

    Ujian Kehamilan – Air Kencing

    Ok, berbalik pada ujian kehamilan yang Mek ila nak ceritakan tadi. Selama ni kita cuma biasa dengan ujian kehamilan yang menggunakan ujian air kencing (UPT). Yang ini mudah sebab mommy boleh je kit ini di farmasi dan buat ujian di rumah.  UPT akan mengukur kehadiran hormon kehamilan (hCG) di dalam air kencing. Hanya ikut langkah-langkah mudah yang ditulis di sampul UPT dan hasilnya boleh diperolehi dengan cepat.

    Apakah hormon hCG? Hormon hCG ini akan dihasilkan oleh plasenta selepas embrio yang dihasilkan semasa proses persenyawaan melekat pada lapisan rahim. Proses pelekatan ini dipanggil sebagai implantasi.

     

    Proses Kehamilan

    Dalam beberapa kes, ada juga UPT yang masih belum dapat mengesan kehamilan walaupun dah beberapa hari period kita lambat. Jadi Dr akan cadangkan kita buat ujian UPT sekali lagi seminggu selepas itu. Tapi jika mommy inginkan keputusan yang cepat,  bolehlah buat ujian darah untuk kehamilan.

    Ujian Kehamilan – Darah

    UPT mengukur kehadiran hormon kehamilan (hCG) di dalam air kencing manakala Ujian darah pula mengukur kehadiran hormon hCG di dalam darah. Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan lebih awal berbanding UPT. Ianya boleh diukur seawal dari enam hingga lapan hari selepas proses ovulasi berlaku. Walaubagaimanapun ujian darah ini hanya boleh dilakukan di klinik atau hospital dan cajnya lebih mahal.


    Bila pula masa yang sesuai untuk scan kandungan?
    Scan kandungan memang menyeronokkan namun di awal kehamilan iaitu sekitar 5 – 6 minggu, kebiasaannya pemeriksaan ultrasound hanya menunjukkan gambar kantung tanpa bayi di dalamnya. Jika ada sekalipun ianya hanya berupa titik kecil tanpa berbentuk. Jadi janganlah mommy atau daddy risau sekiranya tiada bayi yang kelihatan. Mengikut pengalaman Mek ila sendiri, kalau nak rasa excited, scan lah kandungan bila dah mencecah usia 8 minggu dan ke atas. Pada masa ini degupan jantung bayi juga sudah mula kedengaran. Jadi barulah nampak real sikit kan?

    6weeks

    Apa pun, Mek ila doakan kehamilan kita semua selamat sampai ke penghujungnya. Bagi yang nak dapatkan Set Vitamin Kehamilan bolehlah hubungi Mek ila: whatsapp: 012-8943453.
    Nota kaki: Bila pula waktu yang sesuai untuk membuka buku pink di Klinik Kesihatan?
    Bagi ibu-ibu yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan, Buku Kesihatan Antenatal digalakkan untuk dibuka pada/sebelum minggu ke 12 kehamilan. Namun bagi ibu yang bermasalah, bukalah buku ini lebih awal agar kehamilan kita dapat dipantau dengan lebih sempurna.
    Salam Sayang !!
     
    (Visited 14,492 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , , , ,

    6 thoughts on “Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk Mula Scan Kandungan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge