• 2 Tahun Penyusuan Terindah – Arif – Bahagian 1

    Tanggal 25 Mei 2010 merupakan tarikh yang paling indah apabila Mek ila selamat melahirkan anak yang ke 2- Arif Fahmi. Sesungguhnya kehadiran Arif sangat ditunggu-tunggu apatahlagi anak sulung Mek ila Adib Fikri meninggal dunia 2 hari selepas dilahirkan kerana severe premature.

    Arif Fahmi

    Seperti ibu-ibu yang lain yang berniat untuk menyusukan anak, Mek ila telah membuat sedikit sebanyak persediaan terutamanya dari segi pembacaan tentang susu ibu. Kebetulan dalam masa yang terdekat itu, kakak ipar Mek ila juga telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Jadi Mek ila mengambil kesempatan itu untuk turut belajar daripada beliau. Ketika itu, memang benar, segalanya nampak mudah.

    Saat Arif dilahirkan, Arif langsung tidak mahu menyusu dan hanya mahu tidur. Ketika itu nak  memegang bayi pun Mek ila kekok, jadi bila Arif tidak mahu menyusu, Mek ila biarkan sahaja. Sesekali cuba juga bangun untuk menyusukan Arif, namun Arif akan kembali lelap bila cuba disusukan. Mek ila panggil nurse, nurse pun cubalah ajar tetapi tidak juga berjaya. Nurse akhirnya cuma berkata “Takpe, puan cubalah susukan lagi bayi, nanti oklah dia tu”. Setelah hampir 6 jam berlalu, Arif masih juga tidak mahu menyusu. Sampai Mek ila terfikir tak hauskan baby nanti? Bila pakar kanak-kanak datang, beliau ajar cara-cara mengejutkan bayi untuk disusukan.

    “Puan bukalah bedung baby ni, lepas tu geletek tapak kaki dia. Usik mulutnya dan susukan”

    Setelah dicuba Arif masih belum mahu menyusu, sekadar menggeliat dan kembali menyambung tidurnya.

    Panik bukan? Akhirnya nurse datang dan katanya ada sedikit masalah dengan bacaan darah Arif. Jadi baby akan dimasukkan ke NICU untuk pemantauan lebih-lebih lagi Arif masih belum buang air besar sejak dilahirkan. Masa tu Mek ila dah rasa sedih sangat, sakit bersalin pun belum hilang, baby pula nak dimasukkan ke NICU. Apa lagi bila teringat kenangan anak pertama yang lahir tidak cukup bulan dan meninggal selepas 2 hari dimasukkan ke NICU.

    Arif pun dimasukkan ke NICU terlebih dahulu sementara Mek ila mengemas barang dan menunggu bilik untuk room in di NiCU. Di NICU, Arif rupa-rupanya diberikan susu formula kerana ia kelihatan sangat lapar. Lagilah Mek ila menangis. Lapar rupanya Arif, kenapa agaknya dia tak mahu menyusu susu ibu dengan Mek ila?

    Baby in NICU

    Ketika itu barulah Mek ila sedar, rupa-rupanya bukan mudah untuk menyusukan bayi. Namun Mek ila kembali bertekad biarlah hanya sekali itu Arif diberikan susu formula. Di NICU Arif mula menyusu namun seperti biasa Arif lebih banyak tidur apabila disusukan. Rupa-rupanya itu adalah tanda-tanda bahawa kandungan birubilin dalam badan bayi adalah tinggi. Ini menyebabkan bayi rasa mengantuk dan lebih suka tidur berbanding menyusu. Kandungan birubilin yang tinggi akan menyebabkan bayi mengalami jaundice atau sering kita sebut sebagai kuning. Cara terbaik untuk menyembuhkan kuning ialah dengan cara mengeluarkan birubilin tadi melalui najis bayi. Dan satu-satunya cara untuk membuatkan bayi buang air besar ialah dengan memberinya susu ibu dengan kerap dan mencukupi.

    Memandangkan Arif mahu minum susu menggunakan syringe, akhirnya Mek ila turut mengepam susu. Bayangkan ketika itu hanya pada hari yang ke 3, berapa banyak sangatlah susu yang boleh kita perolehi dengan mengepam? Kali pertama mengepam, hanya setakat setengah oz yang Mek ila perolehi. Tapi Mek ila tak putus semangat, terus mengepam dalam jangka masa sejam sekali walaupun di waktu malam di samping meneruskan penyusuan bersama Arif. Alhamdulillah, selepas disusukan setiap  1 jam setengah sekali dan dengan rawatan lampu, bacaan kuning Arif menurun pada keesokan harinya dan tidak perlu lagi diletakkan di bawah lampu. Namun pemberian antibiotik untuk Arif tetap diteruskan hingga hari yang ke 7.

    Pelekapan yang betul

    Pelekapan yang betul adalah penting bagi mengelakkan puting terluka semasa menyusukan bayi.

    Memandangkan Arif belum pandai melekap dengan betul dan Mek ila sendiri masih kekok, maka luka puting pun berlaku di kedua-dua belah. Ya Allah memang sakit. Sambil menyusukan Arif, Mek ila turut menangis. Kuatkan juga semangat walaupun Jururawat offer untuk top up dengan susu formula jika susu tidak mencukupi. Memang ada kalanya terasa sangat sedih lebih-lebih lagi apabila melihat ibu-ibu lain yang dapat menyusukan anak mereka dengan mudah sedangkan kita masih terkial-kial dan bergelut dengan kesakitan yang tidak pernah dibayangkan.

    InsyaAllah, bersambung lagi di Bahagian ke 2 nanti.

    Baca di sini bagaimana akhirnya Mek ila berjaya menyusukan Arif dan Akmal selama 2 tahun.

     

    (Visited 186 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih, Panduan Penyusuan

    Tags: , ,

    9 thoughts on “2 Tahun Penyusuan Terindah – Arif – Bahagian 1

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge