• 2 Tahun Yang Terindah – Penyusuan Susu Ibu

    Alhamdulillah, sememangnya Mek ila amat bersyukur kerana terpilih menjadi sebahagian daripada ibu-ibu yang dapat menyusukan anak-anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun. Semenjak mengenali susu ibu dan mengenali khasiat serta kebaikannya, Mek ila tidak pernah lagi berpaling daripada tekad dan keazaman untuk sedaya upaya menyusukan mereka selama mampu yang boleh.

    2 Tahun Terindah1

    Memang benar, penyusuan  2 tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun tiada yang mustahil andai kita sentiasa berazam dan berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan. Berhadapan dengan ibu-ibu dan rakan-rakan yang sering menghadapi masalah dalam penyusuan, membuatkan Mek ila semakin bersemangat untuk berkongsi pengalaman yang ada. Mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan lagi motivasi ibu-ibu untuk terus memberikan yang terbaik kepada anak-anak.

    Faktor utama yang dapat menentukan kejayaan penyusuan ini adalah apabila ibu-ibu dapat meletakkan penyusuan ini di kedudukan yang terpenting dan menjadi keutamaan. Dalam erti kata lain, apabila ianya menjadi keutamaan, ia akan membuatkan ibu-ibu tetap melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada kejayaan penyusuan walau dengan apa cara sekalipun sama ada ketika sibuk,  penat, susah ataupun ketika sakit. Mengambil contoh yang paling dekat, ibu-ibu berkerjaya akan tetap melaksanakan aktiviti mengepam susu ketika bekerja secara berdisiplin di samping meneruskan penyusuan secara terus apabila bersama dengan anak. Jangan sesekali menolak aktiviti penyusuan ini kecuali apabila ibu jatuh sakit yang teruk atau di atas nasihat Doktor.

    Pengalaman penyusuan Arif dan Akmal juga bukanlah semudah yang disangka. Walaupun berpengalaman dalam bidang penyusuan dan telah menghadiri kursus-kursus penyusuan, percayalah bahawa ada kalanya teori yang kita pelajari bukanlah semudah yang disangka. Jadi ibu-ibu semua janganlah mudah berputus asa jika proses penyusuan anak-anak tidak selancar dan semudah yang diharapkan. Jika orang lain berjaya membuatnya pada kali pertama, kita mungkin perlu mengulanginya 2-3 kali sebelum mendapat hasil yang sama.

     

    BF is not easy

    Malah boleh dikatakan Mek ila sendiri turut melalui setahun setengah yang pertama bersama Arif dengan deraian air mata. Namun Mek ila bersyukur kerana kesukaran itulah yang membuatkan kita lebih memahami kesukaran yang dialami oleh ibu-ibu yang lain.
    InsyaAllah, dalam beberapa entry yang akan datang ini, Mek ila akan berkongsi sebanyak mungkin pengalaman yang ada ketika menjayakan penyusuan Akmal dan Arif, 2 permata hati yang Alhamdulillah kini telahpun berusia 5 tahun dan 2 tahun setengah.

    Stay Tune 🙂

    (Visited 228 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags:

    5 thoughts on “2 Tahun Yang Terindah – Penyusuan Susu Ibu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge