• 4 Faedah Makan Bersama Keluarga Di rumah

    Kesibukan dengan aktiviti harian dan kerjaya membuatkan ramai ahli keluarga yang jarang-jarang dapat makan bersama di rumah. Aktviti makan bersama bukanlah hanya bertujuan untuk makan, ianya juga merupakan saat-saat berharga yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sebanyak mana pun kerja kita, kita masih perlu makan. Jadi mengapa tidak kita amalkan kembali  makan bersama-sama ini sekurang-kurangnya sehari sekali sama ada untuk sarapan pagi atau pun makan malam.

    With Family

    Faedah Makan Bersama Keluarga

    1. Mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui komunikasi
    Makan sambil berbual dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dalam suasana yang santai. Ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan tentang aktiviti anak-anak ketika di sekolah mahu pun di tempat kerja. Arif sendiri akan mengambil kesempatan ini untuk bercerita tentang apa yang dipelajarinya di sekolah kepada kami semua.

    2. Makanan Yang Dihidangkan Lebih Sihat
    Makanan yang dimasak dan dihidangkan di rumah adalah lebih sihat dan tanpa bahan perasa seperti  makanan di kedai. Sebagai ibu, kita pastinya akan menyediakan makanan berkhasiat yang lengkap daripada kumpulan makanan yang berlainan seperti karbohidrat, protein dan sayur-sayuran. Masakan ibu juga mempunyai aura yang tersendiri. Walaupun ianya hanya makanan ringkas seperti Ikan goreng dan Sup Sayur sahaja ianya sudah cukup membuka selera.

    Faedah Makan Di Rumah

    3. Dapat Menjimatkan Perbelanjaan
    Tidak dinafikan harga makanan di luar kini semakin mahal. Dengan memasak sendiri di rumah dan makan bersama-sama, banyak perbelanjaan yang dapat dijimatkan. Makanan juga lebih sedap dan berkhasiat tanpa sebarang bahan perasa.

    4. Menyampaikan Mesej Bahawa Keluarga Lebih Utama
    Sama seperti solat jemaah, makan bersama juga sebenarnya membawa mesej yang sangat penting. Apabila aktiviti makan bersama ini dijadikan rutin, pasti setiap ahli keluarga akan berusaha memperuntukkan masa untuk makan bersama-sama walau sesibuk mana pun mereka. Secara tidak langsung akan membuatkan kita lebih menghargai ikatan kekeluargaan yang ada.

    FamilyFirst

    Bagi anak-anak pula, makan bersama adalah sesuatu yang menyeronokkan dan buat mereka rasa dihargai oleh ibu bapa. Secara tidak langsung ianya dapat membina jati diri mereka dan membantu mencegah mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak  berfaedah di luar sana.

    Jarang-jarang makan di rumah? Jom kembalikan rutin ini semula.

    Salam sayang ;
    Mek ila JV

    (Visited 491 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Mendidik Anak

    Tags:

    3 thoughts on “4 Faedah Makan Bersama Keluarga Di rumah

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge