• Bila Susu Awak Banyak, Susu Saya Sikit

    Dalam keterbasan waktu yang ada, Mek ila cuba menyiapkan entry tentang perjalanan penyusuan Arif Part 2 selepas selesai entry utama dan entry Penyusuan Arif Part 1.

    Namun hari ini Mek ila terpanggil untuk berkongsi kisah Susu Banyak vs Susu Sedikit yang sering dikongsi dan dibicarakan oleh ramai teman-teman.

    Susu Banyak vs Susu Sikit

    Benarkah Susu Banyak Itu Penting?
    Susu sebenarnya adalah rezeki yang Allah berikan kepada anak-anak kita. Alhamdulillah kalau kita dikurniakan susu yang banyak. Namun yang penting dalam menjayakan 2 tahun penyusuan bukanlah susu yang banyak sebaliknya susu yang mencukupi dan konsisten hingga ke penghujungnya.

    Jom kita tengok kisah 2 orang sahabat Mek ila ~

    Kisah Mommy Lutfi
    Mommy Lutfi ni memang jenis banyak susu. Bila mengepam boleh penuh dua belah-belah botol susu. Lepas tu dia boleh marmet lagi. Dapat lagi setengah botol. Jika ditengok dari awal, pasti ramai yang menyangka Mommy Lutfi boleh berjaya dalam penyusuan sehingga anaknya 2 tahun. Namun belum sampai setahun, Mommy Lutfi dah top up dengan susu lain. Ini  kerana Mommy Lutfi tidak konsistent mengepam dan akhirnya bekalan susunya berkurangan hingga perlu top up dengan susu lain.

    Kisah Mommy Adra
    Mommy Adra jenis yang susu cukup-cukup makan je. Walaupuan ada buat stock ebm, kadang-kadang stock susunya merundum buatkan dia hampir kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masih teringat lagi ketika bulan puasa, Mommy Adra terpaksa puasa selang sehari kerana bekalan susunya berkurangan. Semua milkbooster dicubanya sampaikan pil tambah susu (ubat hormon) di klinik pun dicubanya. Siapa sangka akhirnya Mommy Adra berjaya tamatkan 2 tahun penyusuan dengan riangnya.

     
    1. Susu Hadir Mengikut Permintaan
    Dalam penulisan yang lepas-lepas Mek ila selalu tekankan tentang konsep demand and supply.Konsep yang wajib mommies semua ikuti dan fahami untuk menjayakan penyusuan. Mudah sahaja untuk menjayakan konsep ini, sentiasa jayakan aktiviti penyusuan dan mengepam susu tanpa skip sekiranya ibu-ibu bekerja.

    demand-2Band-2Bsupplydemand-2Band-2Bsupply1
    Jika terdapat tanda-tanda kekurangan susu, buat semula power pumping dengan konsisten sampai susu banyak semula. InsyaAllah bekalan susu akan kembali meriah. Jika perlu boleh amalkan makanan tambahan yang boleh membantu menggalakkan pengeluaran susu seperti ESP.

    2. Susu Adalah Rezeki
    Berdoalah setiap hari agar Allah permudahkan perjalanan 2 tahun penyusuan kita. Mek ila nampak, ramai yang abaikan perkara ini. Percayalah niat yang murni akan diberkati oleh Allah. Jangan sesekali fikir susu kita sikit. Sikit adalah subjektif. Maklumlah keperluan anak tidak sama. Anak Mek ila minum 2oz sekali penyusuan, anak kawan pula minum 4oz ketika berusia 2 bulan. Jadi memang adillah jika susu dia banyak sebab demand anaknya banyak.

    3. Positifkan Diri, Jaga Kesihatan & Jaga Pemakanan.
    Stress adalah salah satu punca susu ibu boleh berkurangan. Sama juga jika ibu jatuh sakit. Maka jagalah kesihatan minda, fizikal dan pemakanan ibu.

    Salam sayang & Jumpa lagi!

    (Visited 308 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan, Umum

    Tags: ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge