• Happy 1st Birthday Si Comel Marissa Sofea.

    Banyak sungguh jemputan rumah terbuka saudara mara pada hari semalam. Mek ila sekeluarga keluar rumah seawal jam 8.00 pagi dan selamat sampai ke rumah semula pada jam 10.00 malam, hihi

    Marissa Sofea

    Sambil makan-makan di rumah terbuka, turut diadakan sambutan Hari Lahir Marissa Sofea yang pertama. Si comel Marissa ni merupakan anak pertama kepada sepupu husband Mek ila. Memang comel dan cute sekali. Ni yang buatkan Mek ila pun teringin nak ada baby girl 🙂

    Marissa Sofea Potong Cake
    Hari lahir yang pertama untuk anak yang sulung ni memang excited sikit, sebab itulah kali pertama kita menyambutnya bersama-sama  anak. Teringat kenangan menyambut Hari Lahir Arif yang pertama di rumah pengasuh dulu. Sangat simple dengan hanya ada sebiji kek  yang dimakan bersama-sama.

    Doa kami sekeluarga agar Marissa terus sihat dan membesar sebagai anak yang solehah. Amin!

    (Visited 111 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: ,

    One thought on “Happy 1st Birthday Si Comel Marissa Sofea.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge