• Jalan Lingkaran Setia Ecohill Kini Dibuka Secara Percubaan ~

     

    Semenyih dan jem sememangnya tidak dapat dielakkan. Umpama kawan baik yang sering berjalan bersama-sama. Sememangnya itulah soalan yang sering ditanyakan bila Mek ila bagitahu yang Mek ila tinggal di Semenyih.

    Tak jem ke Semenyih?

    Malah ada kawan Mek ila asalnya nak beli rumah di Semenyih, tak jadi beli rumah kerana suaminya kata jem sangat. Tak jem macam mana kan, penduduk Semenyih pun dah ramai, belum lagi ditambah dengan kedatangan pengunjung pengunjung lain ke Semenyih atau yang menggunakan Semenyih untuk laluan dalam ke arah Seremban.

    Jem Teruk

    Credit: Carigold Forum

     

    Kesesakan di Semenyih bukan sahaja di hujung minggu, malah di hari-hari biasa bermula 6 pagi pun dah padat dengan kenderaan apa lagi di waktu petang. Mek ila pernah merasai jem selama 2 jam walaupun perjalanan dari Sungai Merab ke Semenyih pada waktu biasa hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Memang mencabar kesabaran. Pernah satu ketika Arif buang air besar di dalam pampers, bayangkan sepanjang 1 jam yang terakhir duduk di dalam kesesakan dengan bauan yang harum itu, hihi..

    Oklah, berita baiknya seperti yang diumumkan oleh YB Datuk Hj Johan di dalam Facebook nya, dimaklumkan, Menteri Kerjaraya telah bersetuju Jalan Lingkaran Setia Ecohill dibuka secara percubaan mulai jam 2.15ptg, 7 Ogos 2015 (Jumaat)  iaitu hari ini.

    YB Hj Johan Dengan pembukaan jalan ini, diharapkan kesesakan di Pekan Semenyih dapat dikurangkan. Maklumlah pengguna-pengguna yang nak ke arah Tesco Semenyih dan jalan-jalan yang sewaktu dengannya tidak perlu lagi melalui Pekan Semenyih seperti sekarang ini.

    Setia EcoHill

    Mudah-mudahan lepas ni bolehlah Mek ila  jawab ‘ Semenyih dah tak jem dah”. Hihihi…

     

    (Visited 1,104 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih

    Tags: ,

    6 thoughts on “Jalan Lingkaran Setia Ecohill Kini Dibuka Secara Percubaan ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge