• Kenapa Tak Boleh Bawa Bayi dan Anak-Anak Keluar Pada Waktu Senja?

    Teringat kenangan masa kecil-kecil dahulu. Bila senja menjelang, pasti Allahyarham ayah akan menyuruh kami adik beradik masuk ke dalam rumah dan bersedia untuk solat maghrib. Berada di luar rumah ketika waktu senja memang sesuatu yang sangat dilarang pada masa dahulu.

    Waktu senja adalah waktu matahari mula terbenam di ufuk barat. Ketibaan senja adalah penghujung kepada waktu solat asar. Apabila matahari terbenam sepenuhnya, maka masuklah pula waktu solat maghrib. Ini bermakna tidak seperti solat zohor dan asar, terdapat ruang masa di antara solat asar dan maghrib. Malah waktu ini juga adalah antara waktu-waktu yang dilarang untuk bersolat.

    Waktu Senja

    Gambar Asal : Dreamfile

    Bercerita tentang larangan keluar senja ini, sebenarnya pada minggu yang lepas Mek ila membawa Arif ke klinik Kesihatan Kajang untuk mengambil darah kira-kira pada 6 petang. Namun kerana terlalu ramai pesakit pada waktu itu, urusan di klinik hanya selesai kira kira jam 7.30 malam. Namun bila keluar dari klinik, makin ramai pesakit yang datang pada masa itu termasuklah ibu-ibu yang membawa bayi kecil.

    Di zaman serba moden ini, kita hampir tiada pilihan. Si ibu tadi  mungkin tiada pengangkutan atau masih dalam berpantang, jadi terpaksa menunggu suami balik dari kerja untuk datang ke klinik. Jadi waktu yang ada hanyalah waktu petang hingga ke senja. Namun sebaik-baiknya kita renungkan kembali hikmah dalam mengikuti larangan keluar pada waktu senja ini:

    Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: “Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja.”(Riwayat Muslim)

    Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda lagi : “Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci (dengan menyebut nama Allah). Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lampu (ketika hendak tidur).”

     

    Anak-Anak Menangis Tanpa Sebab

    Seperti yang kita tahu bayi dan anak-anak adalah insan yang masih lemah dan mudah diganggu. Malah ada yang dapat melihat makhluk-makhluk Allah yang lain tanpa hijab. Maka keluar rumah ketika waktu sebegini bukanlah pilihan yang baik. Sekurang-kurangnya tunggu hingga selesai solat maghrib sebelum memulakan sesuatu perjalanan sekiranya waktu senja hampir menjelang. Malah ada juga kawan-kawan yang bagitau ada ketikanya anak-anak mereka mudah menangis tanpa sebab atau tiba-tiba demam apabila keluar pada waktu senja.

    Bukan hanya ke klinik, malah ke pasar malam atau ke pasaraya sekalipun, elakkanlah daripada menempuh waktu senja ini sekiranya kita ada pilihan.

    Wallah hu’alam.

     

    (Visited 1,435 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags: ,

    5 thoughts on “Kenapa Tak Boleh Bawa Bayi dan Anak-Anak Keluar Pada Waktu Senja?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge