• Kisah Bibik + Perlunya Kita Ada Pendapatan Kedua

    Kejatuhan nilai ringgit Malaysia sememangnya hangat dibualkan di sana sini. Jika minggu lepas Mek ila mendapat mesej rayuan bantuan untuk pelajar-pelajar tajaan sendiri di Jordan yang begitu terbeban dengan kejatuhan nilai ringgit semalam Bibik jiran pula mengadu.

    Bibik hantar duit pada anak di Indonesia. Bila tukar wang rupiah, makin sikit. Tak banyak macam selalu. Tak cukup nak bayar dan beli barang.

    Riding the downturn

    Bibik ini memang rajin orangnya. Bila hari cuti sahaja beliau akan mencari pendapatan kedua seperti mengemas di rumah jiran-jiran dan sebagainya. Walaupun apa yang dibuat itu melanggar peraturan pembantu rumah di Malaysia, beliau tetap tegar demi mencari wang dan pendapatan kedua.

    Jika Bibik pun pandai cari pendapatan kedua? Kita pula bagaimana?

    Nilai Ringgit Malaysia Berbanding USD Hari Ini

    Kejatuhan Nilai Ringgit Yang Begitu Ketara Berbanding USD Dalam Tempoh Sebulan Ini

     

    Tak kira apa jua pendapatan ke dua yang kita usahakan, biarlah ianya dengan cara yang halal dan mudah. 9/10 daripada punca rezeki adalah melalui perniagaan.

    Kisah Pendapatan Ke 2 Mek ila

    Kisah 1 : Jual Jelly Pokok
    Semuanya bermula dengan minat. Jelly pokok ni memang cantik dan disukai ramai. Bermula sebagai pembeli, Mek ila jual kepada rakan-rakan dan saudara mara yang berminat. Sebenarnya tak menjual pun, lebih kepada tolong belikan dan cuma dapat diskaun daripada Pakcik Penjual kerana beli dengan kuantiti yang  banyak.

    Jelly PokokPerniagaan begini jenis bermusim, bila dah banyak di pasaran, permintaan pun tiada lagi.

     

    Kisah 2: Water Filter Hijrah
    Water Filter Hijrah
    ni asalnya Mek ila guna di rumah. Maklumlah air paip di kawasan rumah memang sedikit kotor dan berbau.  Pada masa itu tak berminat sangat nak jadi pengedar pun namun en hubby bersetuju menjadi pengedar setelah dipujuk oleh abang. Alhamdulillah, lumayan juga pendapatan yang diperolehi. Cuma, pergerakan sedikit terjejas bila dah ada anak. Maklumlah menjual water filter ni perlu buat pemasangan dan servis di rumah pelanggan. Bukannya kita boleh COD begitu sahaja.

     

    Kisah 3: Barangan Baby
    Semenjak en hubby dah slow buat water filter dan Arif lahir, Mek ila kemudiannya menjalankan business online barangan bayi dan kanak-kanak di blog elzababy.Barangan yang Mek ila jual banyak kepada barangan permainan dan pendidikan untuk anak-anak.

    Soft BookPerniagaan ini Mek ila pilih kerana minat dan kesukaan membeli barangan/ mainan untuk anak-anak. Maklumlah anak pertama, memang teruja sangat untuk membelikan  pelbagai barangan untuk Arif. Memandangkan barangan bayi memang mahal, dengan berniaga kita boleh memperolehinya dengan harga yang murah. Memang seronok sangat walaupun untung 1 barang tak sampai pun RM10 ringgit. Itu belum bab customer minta diskaun lagi.

     

    Kisah 4: Bisness Shaklee
    Segalanya bermula bila en Hubby jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Daripada tidak suka akhirnya Mek ila menyedari kepentingan supplemen di dalam kehidupan harian kita. Shaklee bukan sekadar memberi manfaat kepada kesihatan, ia lebih dari itu. Bukan sekadar side income, Shaklee mampu memberikan lebih daripada itu asalkan kita mahu, ingin berusaha dan tidak mudah putus asa.

    Logo Shaklee

    Hampir 60 tahun di pasaran, Shaklee kini merupakan  produk supplemen no 1 di dunia. Dihasilkan dengan piawaian dan R&D yang bertaraf antarabangsa, semua produk Shaklee adalah 100% daripada semulajadi tanpa sebarang perasa atau pewarn atiruan. Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia juga telah mendapat kelulusan daripada KKM dan pengiktirafan Halal.

    Bagi yang ingin mencari side income, tidak kira pun siapa anda, Jangan Tunggu Lagi. Isikan Borang Ini dan Mek ila akan menghubungi anda segera.Semua konsultasi adalah percuma dan inilah peluangnya untuk nikmati pendapatan tambahan yang anda inginkan.

    Salam Sayang ;
    Mek ila JV

    (Visited 291 times, 1 visits today)

    Categories: Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee

    Tags: , , , , ,

    3 thoughts on “Kisah Bibik + Perlunya Kita Ada Pendapatan Kedua

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge