• Kisah COD Vitamin Shaklee di Tesco Semenyih

    Memang seronok bila COD Vitamin di Semenyih ni. Bukan apa, semenjak berpindah ke Semenyih, Mek ila tak ramai sangat kawan-kawan perempuan. Bila COD, bolehlah jumpa dan berkenal-kenalan juga walaupun kadangkala masa sangat mencemburui kita.

    Petang semalam asalnya nak COD Vitamin di Tesco Semenyih dengan anak-anak, tapi memandangkan Arif dan Akmal masih tidur, maka pergilah Mek ila seorang sendiri.

    Tesco Semenyih

    Tesco Semenyih ni dekat je dengan rumah, jaraknya sekitar 2.6 km. Cuma kalau dulu terasa jauh sebab jalannya sangat jem terutama di hujung minggu. Bila Jalan Lingkaran EcoHill telah dibuka  nampak  perubahannya di mana jalan di Pekan Semenyih tidak lagi jem seperti selalu. Macam tak caya pun ada, hihi lebih-lebih lagi melihat jalan yang begitu lengang semasa perjalanan balik sekitar jam 5.30 petang.

    Jalan Dah Tak Jem

    Jalan di Sekitar MC Donald & Tesco Semenyih yang begitu lengang pada petang semalam.

    Vitamin yang Mek ila COD semalam ialah Vitamin C dan Alfafa untuk Adik Has yang tinggal di Bandar Tasik Kesuma. Kali pertama beli dulu, Mek ila hantarkan ke rumahnya di Kesuma, kali kedua ni kami berjanji untuk berjumpa di Tesco sahaja.

    COD Vitamin

    Vitamin & Small Gift Untuk Adik Has

    Memandangkan Has terlewat sampai sedikit, Mek ila ambil kesempatan untuk cuci mata dahulu. Maklumlah sebelum ni biasanya ke Tesco dengan anak-anak, jadi nak window shopping tu susah sikit. Jangan tak tau, ada banyak kedai dan booth di Tesco ni, pendek kata daripada pakaian hingga barangan rumah, semuanya ada.

    Kedai pertama yang Mek ila singgah ialah Kedai Kek Kings, suka tengok kek nya yang comel dan lawa. Harga pun berpatutan dan kek dijual dalam saiz yang kecil.

    Tesco 4

    Setelah tengok kek, singgah pula ke booth yang menjual rumah. Rumah di Semenyih kini memang semakin mahal. Boleh dikatakan kebanyakan rumah teres 2 tingkat kini telahpun bermula daripada harga 500 ribu ke atas. Memang mencabar keupayaan penduduk di sini.

    Tesco 3

    Di tingkat atas pula ada banyak juga kedai pakaian. Lawa-lawa juga. Dari jauh terpandang dress yang nampak cantik. Bila datang dekat pun masih nampak cantik. Macam tak percaya yang harganya cuma RM39.

    Tesco 2

    Baru nak tengok baju, Has pun sampai. Jadi kita settlekan dulu urusan COD dan borak-borak sekejap.  Dalam perjalanan pulang, sempat juga singgah di Pekan Semenyih untuk membeli Mee Kuning kegemaran Arif di Mama Choice.Walaupun dah ada GST, harga Mee Kuning di sini masih kekal RM1.

    Mama Choice

    Kedai Mama Choice Dengan Signage Baru

    Sampai di rumah, Arif dan Akmal masih lagi tidur. Paling tak tahan bila malamnya Arif tanya kepada encik hubby, Papa, tadi kata nak pergi Tesco, bila nak pergi  ni? Hihi, senyum je lah jawapannya.

    Inginkan Vitamin Shaklee atau nak COD Vitamin Shaklee di Semenyih? Whatsapp Mek ila 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi percuma.

    (Visited 481 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih

    Tags: , , , , ,

    7 thoughts on “Kisah COD Vitamin Shaklee di Tesco Semenyih

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge