• Kisah Tunaikan Cek Di Tabung Haji ~

    Pembaca semua pernah masukkan cek di Tabung Haji? Pasti ada yang pernah dan ada yang tidak kan. Alkisahnya pada minggu lepas, Mek ila perlu membuat sejumlah bayaran di Bank Islam untuk sebuah projek yang diusahakan bersama rakan menggunakan cek bayaran daripada sebuah syarikat.

    Tabung Haji

    Cek yang diterima ini Mek ila tunaikan dahulu di Tabung Haji memandangkan bayaran perlu dibuat secara sekaligus dan sebahagiannya perlu menggunakan duit di Tabung Haji. Idea asalnya ialah ingin memindahkan duit di Tabung Haji yang diterima tadi kepada Bank Islam menggunakan Kad ATM. Maklumlah Tabung Haji memberikan kemudahan untuk pemegang akaun berdaftar Bank Islam memindahkan duit menggunakan Kad ATM tanpa sebarang had pada hari yang sama.

    Sayangnya menunaikan cek di Tabung Haji jika kita sememangnya ingin menggunakan duit tersebut dalam masa yang cepat bukanlah satu pilihan bijak. Jika bank tempatan lain memerlukan masa 3 hari bekerja untuk mengkreditkan duit tersebut ke akaun kita, Tabung Haji memerlukan masa sekurang-kurangnya 5 hari untuk mengkreditkan duit tersebut walaupun sebelum ini Mek ila diberitahu oleh petugas Tabung Haji bahawa cek tersebut boleh ditunaikan selepas 4 hari. Ini kerana Tabung Haji bukanlah bank dan ia menggunakan khidmat Bank Islam untuk urusan ini.

    penantian+satu+kesabaran

    Bayangkan di hari kita memerlukan duit tersebut untuk dibayar, duit tersebut masih belum masuk ke dalam akaun kita. Memang susah hati kerana duit tersebut adalah duit orang. Bila Mek ila call ke Tabung Haji Contact Centre, mereka juga tidak dapat membantu dan tidak dapat mengesahkan bilakah duit tersebut akan masuk. Katanya tunggu sahaja hingga ianya masuk. Lagilah parah rasanya bukan.

    waiting

    Call punya call ke Unit Simpanan dan Pengeluaran TH, barulah dapat bercakap dengan pegawai yang incharge. Alhamdulillah tips yang diberikan sangat membantu sekiranya kita ingin menunaikan cek di TH pada masa yang akan datang:

    Jika nak cepat tunaikan cek, puan jangan masukkan cek tersebut di kaunter Tabung Haji, sebaliknya masukkan cek tadi ke dalam akaun Tabung Haji di kaunter Bank Islam atau di mesin cek Bank Islam. InsyaAllah 3 hari dah clear. Kalau masukkan di kaunter/ mesin cek Tabung Haji memang perlukan 5 hari bekerja, bukannya 4 hari seperti yang diberitahu sebelum ini.

    Alhamdulillah keesokan harinya, duit pun masuk dan bayaran telah dibuat. Cuma kisah ni agak menyedihkan + memang benarlah Penantian Itu Satu Penyiksaan 🙂

    (Visited 718 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags: ,

    5 thoughts on “Kisah Tunaikan Cek Di Tabung Haji ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge