• Motivation Rally & Raya Shaklee

    Alhamdulillah, petang semalam Mek ila dan rakan-rakan lain berkesempatan untuk menghadiri Motivation Rally dan Raya Shaklee di Holiday Villa, Subang Jaya. Hadir ke majlis Motivasi sebegini sememangnya bagus kerana secara tidak  langsung dapat meningkatkan motivasi, menimba ilmu,  mengeratkan silaturrahim di samping bertemu dengan rakan-rakan, upline dan downline.

    Selain meraikan rakan-rakan yang naik ke pentas, sesi paling istimewa ialah sesi perkongsian kejayaan oleh Master-Master yang telah berjaya. Memang mengharukan apatahlagi kebanyakan kejayaan mereka didorong demi anak-anak, keluarga tercinta dan demi berbakti kepada insan-insan lain yang memerlukan.

    master che lah

    Orang yang berjaya adalah mereka yang berfikiran Besar. Mereka menjadikan peluang yang diberikan oleh Shaklee sebagai suatu alat untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar.  Masa bersama keluarga, masa untuk beribadah, peluang tinggal di rumah yang selesa, bercuti setiap tahun/ umrah di luar negara dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

    Master Dr Haji Abdullah – 16 tahun di dalam Shaklee

    Master Lyna 1

    Bagi Master Lyna pula yang merangkap nanny Mek ila, kita semua adalah sama. Orang yang berjaya adalah mereka yang tidak memberikan alasan dan menggunakan kesempatan yang ada sebaiknya. Fokus pada masa yang kita ada, bahagikan sebaiknya untuk keluarga dan capai apa yang kita inginkan. Tidak lupa beliau turut menekankan tentang kepentingan amalan Solat Dhuha untuk kita mencapai kejayaan.

    Alhamdulillah, berShaklee bukan sekadar memberikan kesihatan yang lebih baik dan pendapatan yang kita inginkan. Ia lebih dari itu, malah mengajak kita kembali kepada Pencipta kita, Allah yang Maha Esa.

    Supervisor

    Rank terendah di dalam Shaklee mampu memberikan bonus bulanan sekitar RM1500-RM2000 sebulan. Manakala rank tertinggi pula sekitar RM50,000 – ratusan ribu sebulan. Satu angka yang mampu memberi perubahan yang sangat besar dalam kehidupan kepada mereka yang sanggup berusaha. Inginkan pendapatan dan berjaya bersama-sama Shaklee? Hubungi Mek ila di sini.

    Part happy-happy pula ialah bila sesi bergambar beramai-ramai dan contest time. Maklumlah dapat hadiah kan 🙂

     

    Gambar Beramai

    pemenang best dress

    Contest time

    Sampai Jumpa Lagi!
    Credit Gambar: Kamera rakan-rakan Shaklee.

    (Visited 170 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee, Motivasi

    Tags:

    6 thoughts on “Motivation Rally & Raya Shaklee

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge