• 4 Amalan Terbaik Sepanjang Mengandungkan Bayi Agar Bayi Sihat, Cerdik dan Mudah Dijaga.

    Setiap ibu yang mengandung pastinya inginkan anak-anak yang sihat, cerdik dan mudah dijaga. Maklumlah anak-anak itu adalah pewaris dan penghibur kita. Kehadirannya juga bakal menambah kebahagiaan kepada keluarga yang sedia ada.

    Penjagaan anak sejak dari dalam kandungan lagi amatlah penting kerana dikatakan sejak dari dalam kandungan lagi bayi telah mempelajari banyak perkara termasuk emosi. Bayi dikatakan dapat berkongsi dan memahami perasaan si ibu termasuklah bila ibu sedih atau marah.

    Bayi dalam Kandungan

    Tak baik sedih-sedih tau. Nanti baby dalam perut pun sedih sama. Selalu kan kita dengar orang berpesan begini?

    4 Amalan Terbaik Ibu dan Ayah Wajib Amalkan

    1. Banyakkan aktiviti kerohanian dan amalan keagamaan.

    Antara amalan keagamaan yang sangat sangat digalakkan ialah membaca Al Quran. Paling bagus jika ibu-ibu dapat khatam sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kehamilan itu. Selain itu antara surah-surah pilihan yang digalakkan untuk dibaca pula ialah :-

    Al Quran

    Jadikan Amalan Membaca Al Quran Sebagai Amalan Harian Walaupun Bukan Ketika Hamil

    • Surah Al Fatihah : untuk terang hati dan kuat ingatan
    • Surah Maryam  : untuk mendapatkan anak yang soleh
    • Surah Luqman : untuk mendapatkan anak yang bijak dan cerdik
    • Surah Yusuf :  untuk mendapatkan anak yang comel dan berakhlak baik
    • Surah Hujurat : untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati
    • Surah Yaasin : untuk ketenangan hati dan penjagaan akidah anak
    • Surah At-Taubah : untuk membersihkan jiwa dan mengelakkan diri daripada maksiat
    • Surah an-Nahl ayat 78: untuk memudahkan bersalin

    Selain membaca Al Quran ibu ibu juga digalakkan sentiasa berzikir atau berselawat dan banyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu sama ada di surau /masjid atau pun menontonnya di kaca TV.

    2. Rajin berbual dengan bayi
    Rajin-rajinlah berkomunikasi dengan bayi di dalam kandungan. Bukan sekadar ibu dan ayah sahaja, galakkan anak-anak yang lain (jika ada) berkomunikasi dengan bakal adiknya. Secara tidak langsung dapat membina ikatan kasih sayang di antara mereka sejak awal lagi.

    Berbual Dengan Bayi

    3. Jaga emosi dan hubungan dengan orang sekeliling
    Amat penting agar ibu-ibu dapat menjaga emosinya. Satu masa dulu Mek ila pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr Fadzillah Kamsah tentang luahan hati seorang ibu tentang hubungan anak dan suaminya yang begitu renggang dan sering bermasalah. Bila diselidik, rupa-rupanya ketika di dalam kandungan dulu memang hubungan ibu tadi dengan suaminya agak renggang. Nak dekat pun tak boleh katanya. Tidak dinafikan emosi ibu ketika hamil memang mudah terganggu dan bercelaru, maka banyakkan amalan kerohanian agar emosi kita stabil dan tidak terlalu mengikutkan perasaan.

    stay-cool

    Kalau tiba-tiba sahaja rasa nak marah, cepat-cepatlah kita beristigfar dan buangkan perasaan marah itu jauh-jauh. Ambil wudhu’ untuk memadamkan kemarahan itu.

    4. Jaga pemakanan
    Walaupun ini faktor yang terakhir, sebenarnya ianya adalah faktor yang sangat penting. Ibu ibu memang perlu jaga pemakanan, bukan sahaja dari sumber yang halal ianya perlu berkhasiat untuk menampung keperluan harian ibu dan juga pembesaran bayi di dalam kandungan. Elakkan makan makanan segera, minuman berkafein tau makanan-makanan lain yang tidak sesuai untuk ibu hamil.
    Paling tidak, jangan sesekali skip vitamin yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan dan makanan tambahan lain yang penting untuk otak bayi seperti minyak ikan.

    Junk-Food

    Mudah-mudahan dengan amalan-amalan ini, bayi yang kita lahirkan adalah bakal-bakal anak sihat, cerdik dan anak-anak yang soleh dan solehah yang membahagiakan kehidupan kita. Amin.

     Set Kehamilan Shaklee

    (Visited 2,393 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge