• Bahan Penghalang Dalam Penghasilan Susu Ibu

    Susu ibu yang dianugerahkan oleh Allah kepada ibu-ibu memang sesuatu yang unik dan amat istimewa. Jika penghasilan susu ibu berasaskan konsep demand and supply,  sebaliknya juga begitu.

    Dulu payudara kanan saya luka, jadi saya kurang bagi bayi menyusu yang belah kanan ni. Lepas tu saya tengok susu pun makin kurang, sedangkan yang belah kiri ok je. Kenapa boleh jadi begitu?, tanya Aina kawan FB Mek ila.

     

    Pengahalang Dalam Penyusuan

    Penghalang Dalam Penghasilan Susu

    Penghasilan susu ibu memang dikawal oleh payudara itu sendiri. Malah kita juga mungkin hairan mengapa sebelah susu berhenti menghasilkan susu manakala yang sebelah lagi terus menghasilkan susu seperti biasa. Sebenarnya di dalam payudara ibu, terdapat sejenis bahan penghalang yang boleh mengurang atau menghalang  penghasilan susu. Jika banyak susu ditinggalkan dalam payudara, bahan penghalang ini akan menghalang sel-sel daripada mengeluarkan susu. Keadaan ini sangat ketara jika bayi yang dilahirkan meninggal dunia atau bayi telah berhenti menyusu.

    Penghalang Dalam Penghasilan Susu

    Sebaliknya jika susu dikeluarkan sama ada melalui penyusuan atau perahan, maka bahan penghalang ini turut dikeluarkan. Apabila ia dikeluarkan maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan.

    Ini bermakna

    • Jika bayi berhenti menghisap daripada salah satu payudara, penghasilan susu di sebelah payudara itu juga boleh terhenti.
    • Jika bayi hanya menghisap daripada satu payudara, payudara tersebut akan menghasilkan susu dan menjadi lebih besar.

    Apa yang perlu ibu-ibu lakukan?

    • Untuk mengelakkan salah satu payudara berhenti menghasilkan susu, susu yang ada perlu dikeluarkan secara perahan jika bayi tidak mahu menghisapnya.
    • Jika bayi lebih suka menghisap di sebelah payudara sahaja, mulakan dengan payudara yang disukai dan kemudiannya berlalih kepada payudara yang kurang digemari tanpa mengalihkan kedudukan bayi. Ini boleh dilakukan dengan posisi cradle atau football.

    breastfeeding-positions

    • Menawarkan payudara yang kurang digemari dalam keadaan bayi separa sedar seperti mengantuk atau penyusuan di tengah malam.
    • Menukar kedudukan penyusuan dalam keadaan berbeza seperti bergerak, berjalan dan sebagainya; dan
    • Terus berusaha memujuk bayi hingga bayi ingin menyusu di payudara tersebut.

     

    Kenali sebab-sebab mengapa bayi kurang gemar dengan payudara tersebut

    Pastinya ada beberapa sebab mengapa bayi kurang selesa untuk menyusu di payudara tersebut. Antara sebab yang biasa berlaku ialah mungkin aliran susu terlalu kuat, terlalu perlahan dan sebagainya. Jika aliran susu terlalu kuat, ibu-ibu mungkin boleh memerah susu sedikit terlebih dahulu sebelum memberinya kepada bayi. Jika aliran susu perlahan pula, mungkin disebabkan kurangnya permintaan di payudara tersebut, power pumping boleh membantu.

    Apabila perkara ini dapat diatasi, bayi pastinya tidak akan menolak untuk menyusu di sebelah yang kurang digemari tadi. Paling penting, ibu-ibu jangan lupa berdoa agar proses penyusuan untuk anak-anak kita sentiasa dipermudahkan, Amin.

    Salam Sayang 🙂

     

    (Visited 530 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan, Umum

    Tags: ,

    8 thoughts on “Bahan Penghalang Dalam Penghasilan Susu Ibu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge