• Bestnya Kulit Muka Bila Ber Facial Dengan Nutriwhite

    Boleh dikatakan sebelum ini, Mek ila memang takut nak buat facial sebab 4 kali pengalaman membuat facial sebelum ini membuatkan jerawat tumbuh dengan lajunya di kulit muka. Hihi, Mek ila sendiri kurang pasti penyebabnya, mungkin kulit muka Mek ila ni sangat sensitif dengan bahan-bahan yang digunakan. Namun Alhamdulillah, pengalaman yang sama tidak lagi berulang selepas berfacial dengan Nutriwhite.

     

    Set-2BNutriwhite

    Kalau pada entry yang lepas Mek ila dah cerita tentang kehebatan Nutriwhite, kali ni jom kita saksikan sendiri cara-cara kita berfacial menggunakan produk Nutriwhite. Memang best sangat tau. Bertempat di Shaklee Pinnacle pada minggu lepas, Mek ila dan rakan-rakan berkesempatan untuk mempelajari secara lebih mendalam tentang keistimewaan produk Nutriwhite dan bagaimana ber facial dengan cara yang betul. Malah bagi pembaca yang berminat, boleh sahaja membuat bisnes Facial secara kecil-kecilan bermula dari rumah.

    Mek ila dan Sarah dan Model

    Sebelum Facial, Kita Belajar Dulu Tentang Kandungan 16 Bahan Bahan Semulajadi Nutriwhite

    Bahan-bahan asas untuk keperluan Facial.

    1. Sponge Untuk Membersih dan Mencuci Muka
    2. Bekas Kecil Untuk Mengisi Air
    3. Facial Cotton
    4. Headband
    5. Bib/ Towel KecilHeadband

    5. Produk Nutriwhite
    6. Kerusi Facial (jika ada).

     

    Cara-Caranya
    1. Basuh tangan kita dengan bersih sebelum membuat facial
    2. Pakaikan headband di kepala dan bib di bawah leher customer
    3. Basahkan wajah customer dengan sedikit air menggunakan sponge

    Basahkan Muka

    4. Ambil sedikit make up remover. Letakkan sedikit di beberapa bahagian muka. Bermula daripada bahagian dagu dan membawa ke atas, buat urutan secara membulat. Setelah selesai, bilas dengan air menggunakan sponge.

    5. Seterusnya kita gunakan Foaming Cleanser pula. Cara penggunaan adalah sama dengan make up remover. Bezanya cleanser akan mengeluarkan buih yang banyak. Sebab itulah hanya sedikit kuantiti yang diperlukan.

    6. Setelah muka dibersihkan, kita gunakan toner pula. Cara pemakaian toner yang betul adalah dengan menekap lembut facial cotton yang telah diletakkan dengan toner ke seluruh bahagian muka dan bukannya disapu dengan kuat.

    Cara Pegang Facial Cotton

    Cara Memegang Facial Cotton Yang Betul

     

    7. Seterusnya kita gunakan Serum pula. Ambil sedikit serum dan letak di beberapa bahagian muka. ratakan lembut di seluruh wajah bermula daripada dagu ke atas.

    8. Selepas Serum, kita gunakan krim siang @ moisturizer pula.  Cara yang sama seperti Serum.

    Sapukan Di Muka

    9. Yang terakhir, gunakan krim jeragat dan sapu di bahagian yang tidak sekata sahaja. Selesai!

    Nota
    sekiranya di waktu malam pula, penggunaan Krim Siang digantikan dengan Krim Malam yang memang awesome!

    JOM TENGOK HASILNYA!

    Buat sekali pun dah best, kalau buat hari-hari? Lagilah Best Sangat!

    Mawar Melati

    Hasil Facial Mek ila Pada Mawar

    Gambar di bawah pula hasil facial yang dibuat oleh Mawar pada rakan yang lain. Memang awesome. Memang seronok bila kita boleh mendapatkan kulit yang segar dan bersih tanpa perlu make up yang tebal.

    Adik Mawar

    Nak dapatkan Set KecantikanNutriwhite hari ini? Whatsapp Mek ila 012-8943453 untuk memesan sekarang.

    (Visited 424 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags: , , ,

    3 thoughts on “Bestnya Kulit Muka Bila Ber Facial Dengan Nutriwhite

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge