• Bila Kegembiraan Buatkan Susu Ibu Lebih Meriah ~

    Tahukah ibu-ibu semua bahawa emosi dan kesihatan ibu  memainkan peranan penting kepada peghasilan susu ibu? Jom kita tengok bagaimana perkara ini boleh berlaku?

    2 hormon penting dalam penghasilan susu ibu.
    1. Hormon Prolaktin
    2. Hormon Oksitosin

    Apakah peranan hormon ini?

    Secara ringkasnya, prolaktin tugasnya adalah merangsang penghasilan susu ibu manakala oksitosin pula tugasnya merangsang reflex pancutan susu. Bila bayi menghisap, ia akan merangsang rembesan hormon oksitosin  untuk mengeluarkan susu.

    Happy Mothers

    Ketika bayi masih di dalam kandungan.

    Selain prolaktin dan oksitosin, hormon estrogen juga berperanan dalam penyusuan. Semasa kita hamil, paras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar susu (kelenjar mamari) dan menyediakannya kepada penyusuan apabila bayi lahir.

    Perkembangan-Janin

    Sebaik sahaja bayi lahir, paras prolaktin berkurangan kerana pencetus dalamannya iaitu plasenta bayi telah tiada dan dikeluarkan bersama-sama bayi. Maka hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin dan oksitoksin ini .

    Sebab itulah bila bayi lahir, ibu-ibu perlu terus menyusukan bayi walaupun mungkin susu belum lagi dikeluarkan sepenuhnya. Rangsangan /hisapan daripada bayi perlu ada secara berterusan untuk menggalakkan penghasilan susu dan pengeluaran susu tadi.

    Hormon oksitosin ini sebenarnya amat berkait rapat dengan emosi ibu. Jika ibu rasa tenang dan gembira, maka lebih banyak hormon oksitosin akan boleh dirangsang. Hasilnya penghasilan susu juga akan lebih lancar dan meriah.

    Oksitosin

    Hormon oksitoksin boleh dirangsang dengan:-
    1. Perasaan gembira dengan kehadiran bayi atau anak.
    2. Fikirkan tentang kasih sayang kepada anak serta yakin susu ibu adalah yang terbaik untuk mereka.
    3. Melihat, menyentuh dan memikirkan bayi dengan penuh kasih sayang.

    Sebab itulah ramai ibu-ibu yang mengepam susu sambil melihat gambar atau video anak, ianya membantu dalam merangsang dan melancarkan pengaliran susu. Sebaliknya juga begitu. Jika ibu sedih, stress, kurang sihat dan sebagainya rangsangan tadi boleh berkurangan. Perkara yang sama juga akan berlaku bila ibu-ibu selalu bimbang susu tidak cukup, was was dan sebagainya.

    Maka amat penting bagi kita ibu-ibu menyusu menjaga emosinya, menjaga kata-kata dan sentiasa berdoa yang baik-baik sahaja agar perjalanan penyusuan anak-anak dipermudahkan.

    Untitled

    Tips Mek ila
    2 Tahun penyusuan adalah target masa panjang. Ia mungkin nampak sukar untuk dicapai sekaligus. Maka target ini boleh kita pecahkan kepada beberapa bahagian seperti contoh di bawah:-

    Target Utama : 2 Tahun

    Sub Target
    Target 1: Berjaya susukan bayi selepas kelahiran.
    Tarhet 2: Berjaya susukan bayi sepenuhnya dalam tempoh berpantang
    Target 3: Berjaya susukan bayi sampai 6 bulan penuh
    Target 4: Berjaya susukan bayi sampai 1 tahun
    Target 5: Berjaya susukan bayi sampai 1 tahun 6 bulan; dan
    ………..
    Target Akhir/Utama: Berjaya susukan bayi sampai 2 tahun penuh.

    Bila begini ia nampak sedikit ringan dan lebih mudah dicapai. Walaupun kita mengikut target masa pendek, usaha menjayakan penyusuan penuh 2 tahun seperti kita untuk mengepam, membuat simpanan susu dan lain-lain usaha bagi menjayakan penyusuan ini perlulah sesuai untuk mencapai target utama kita.

    Jumpa Lagi di Tips Yang Akan Datang ~

    (Visited 224 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: , , , ,

    4 thoughts on “Bila Kegembiraan Buatkan Susu Ibu Lebih Meriah ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge