• Brownies Coklat Puan Haza Yang Menjadi Kegemaran Anak-Anak

    Anak-anak dan coklat memang tak dapat nak dipisahkan. Kita yang tua ni pun sama kan? Hihi. Yang penting jangan makan secara berlebihan kerana coklat mengandungi kandungan gula yang tinggi. Bagi Mek ila pula coklat dan produk coklat adalah alternatif yang lebih baik untuk diberikan kepada anak-anak berbanding pemberian junk food yang mengandungi lebih perisa dan pewarna tiruan.

    Sebut pasal coklat, salah satu produk coklat yang menjadi kegemaran anak-anak ialah Brownies Coklat ni. Suka benar mereka makan. Kalau selama ni hanya makan Brownies di Secret Recipe, petang semalam Mek ila berkesempatan untuk mencuba Brownies Coklat yang dibuat oleh Puan Haza.

    Brown 1

    Gambar Brownies Puan Haza Yang Sangat Menyelerakan Hingga Buat Terus Nak Order

    Puan Haza ni pun tinggal di Semenyih dan ada buat delivery di sekitar pekan Semenyih, jadi lagilah mudah nak membeli. Hanya whatsapp untuk order dan Puan Haza akan COD di kawasan berhampiran seperti di Maybank Semenyih.

    Selain brownies berbentuk kek di atas, ada pelbagai jenis brownies lagi yang Puan Haza ni buat. Antaranya Plain Brownies, Salted Caramel Brownies, Choc Chip Brownies, Choc Rice Brownies, Oreo Brownies, Almond brownies dan Walnuts brownies.

    Brown2

    Brown4

    Brown5

    Sesekali Tempah Kek Birthday Brownies Pun Best Kan?

    Yang ini pula Almond Brownies, memang nampak sangat sedap dan menyelerakan, maklumlah ada kepingan almond di atasnya.

    Brown6

    Kisah  Semalam

    Untuk tempahan semalam Mek ila tempah 1 Salted Caramel Brownies Saiz Besar dan 1 Chocolate Chip Size Brownies Saiz Kecil. Salted Caramel ni  memang power, sedap sangat sampai rasa nak habiskan semua, ehehe.

    Salted Caramel

    Akmal pula makan brownies macam makan nasi je. 1 bekas kecik size 4×4 ni cuma dia seorang yang habiskan. Pengsan Mek ila melihatnya hihi ~

    Akmal Faiz

    Aksi Akmal Makan Brownies Sorang-Sorang

    Bagi pembaca semua  yang nak merasa sendiri kesedapan Brownies ni terutama yang tinggal di Semenyih bolehlah hubungi Puan Haza sendiri di talian 011-10602684.

    (Visited 1,449 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan, Cerita Tentang Semenyih

    Tags: , ,

    2 thoughts on “Brownies Coklat Puan Haza Yang Menjadi Kegemaran Anak-Anak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge