• Kisah Spageti Bolognese Meat Ball Arif ~

    Malam tadi semasa makan malam Arif  membuat permintaan untuk makan spageti bolognese untuk sarapan pagi esok.  Haha, terkejut jugak dengar permintaan Arif, maklumlah selama ni  Arif akan minta spageti carbonara je. Malah, Mek ila sendiri  tak pernah lagi masak spageti bolognese ni, makan pandailah.

    Lepas anak-anak tidur, mula lah berdating dengan Pak Cik Google untuk mencari resepi yang simple tapi sedap. Cari punya cari, terjumpa dengan resepi Spageti Bolognese di blog Puan Azlita. Memandangkan bahan-bahan yang ada di rumah agak terhad, apa lagi mulalah mengejas ikut suka resepinya dengan harapan ianya sesedap Spageti Pizza Hut, hihi.

    Spageti Pizza Hut

    Spageti Bolognese Pizza Hut Kegemaran Arif

     

    Resepi Spageti Bolognese  Simple Versi Mek ila

    Penyediaan Spageti
    1. Rebus spageti dalam air mendidih sehingga empuk.
    2.Tambahkan sedikit garam & 1 sudu minyak masak semasa merebus. Minyak masak ni kita letak agar spageti tidak melekat ketika direbus.


    Bahan-bahan Untuk Sos
    1.  Sedikit daging- dipotong halus dan nipis. Guna daging cincang pun boleh.
    2. 1 biji bawang besar  – dicincang halus
    3.  3 ulas bawang putih – dicincang halus
    4.  2 sudu sos prego / tomato puree. Boleh tambah sukatan sos jika sukakan rasa yang lebih pekat.
    5. 1 biji tomato – potong dadu halus
    6. 1/2 batang carrot – potong dadu halus
    7.  Sedikit garam dan gula secukup rasa
    8.  Minyak masak untuk menumis. (Boleh guna minyak zaitun + butter)

     Sos Prego

    Cara Masak Sos Spageti
    1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu.
    2. Masukkan daging, goreng hingga  garing
    3. Masukkan carrot, kemudian tomato
    4. Masukkan sos prego, tambahkan air
    5. Masukkan garam dan gula
    6. Reneh seketika hingga sos sedikit pekat.

    Dalam resepi asal ada banyak bahan lain seperti susu, tapi Mek ila tak letak sebab tiada susu cair di rumah. Kalau daging tiada pun tak mengapa, bolehlah je masak guna sayur-sayuran sahaja. Letak kentang pun sedap.

    Disebabkan lewat bangun pagi, jadi tak sempat sangat nak snap gambar. Alhamdulillah percubaan pertama menjadi dan terasa kasih sayang di dalam sos itu haha. Bolehlah masak lagi di masa yang akan datang.  Spageti Bolognese Arif

    Paling seronok bila Arif kata ‘ Pandailah ibu masak’.  Arif memang pandai mengambil hati walaupun sekadar gorengkan telur dadar untuknya.

    Nota Kaki
    Tengah-tengah makan Arif tanya, Ibu, meatball nya mana? Hah, sudah. Baru teringat yang meat ball lupa nak goreng :-D.

    (Visited 265 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Resepi Simple Sedap

    Tags: ,

    3 thoughts on “Kisah Spageti Bolognese Meat Ball Arif ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge