• Langkah Awal Tangani Hidung Berdarah Ketika Hamil Agar Ibu Tidak Panik

    Pendarahan hidung ketika hamil boleh membuatkan ibu-ibu panik apatahlagi bila melihat darah yang mengalir keluar secara berterusan. Mek ila juga pernah mengalaminya dulu. Pendarahan hidung sering dikaitkan dengan cuaca panas atau berlaku apabila seseorang dikatakan kurang minum air masak. Adakah itu penyebabnya dan ibu hamil juga begitu? Jom kita tengok.

    Mengapa Pendarahan Hidung Mudah Berlaku Ketika Hamil?

    Pendarahan hidung ketika hamil sebenarnya adalah sesuatu yang normal dan tidak serius. Asalkan ianya bukan berlaku terlalu kerap. Sesetengah ibu hamil memang mudah mengalami gejala hidung berdarah di mana keadaan ini selalu berlaku pada trimester kedua dan terakhir.

    Hidung Berdarah

     

    Mengapa Pendarahan Hidung Berlaku?

    Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan iaitu progesteron dan estrogen yang membuatkan pembuluh darah ibu hamil mengembang dan mudah pecah. Pada masa yang sama, bekalan darah dalam badan yang bertambah akan memberi tekanan kepada urat halus pada hidung.

    Pendarahan di hidung juga lebih mudah berlaku jika ibu hamil mengalami selsema, jangkitan sinus, alah kepada habuk atau makanan tertentu atau apabila selaput hidung kita  berada dalam keadaan kering. Ini boleh berlaku dalam keadaan cuaca yang sejuk atau kering atau apabila ibu berada terlalu lama di dalam persekitaran berhawa dingin. Ini menyebabkan pembuluh darah di dalam hidung lebih senang untuk terbuka dan pecah yang menyebabkan pendarahan.

    Tips Apabila Pendarahan Hidung Berlaku

     1. Duduk dalam keadaan yang tenang , tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan. Ini bagi memastikan posisi hidung lebih tinggi dari posisi aras jantung.

    2. Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan/picit tulang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk selama 5-10 minit. Ianya boleh dibuat sendiri atau dapatkan bantuan daripada suami atau ahli keluarga.

    tekan hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk

    3. Ambil ketulan ais yang kecil, balut dengan saputangan dan tekapkan di hidung. Kuasa penyejukan ais membantu untuk mengecutkan salur darah yang mengembang tadi.

    4. Ulangi langkah 2 dan 3 selama 10 minit lagi sekiranya pendarahan masih tidak berhenti. Sekiranya pendarahan masih berlaku, ibu mungkin perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

     

    Kurangkan Risiko Pendarahan.

    1. Minum air masak yang mencukupi. Keperluan air masak harian ibu hamil adalah sekitar 3L sehari bergantung kepada berat badan.

    2. Hindarkan diri daripada berada di dalam keadaan udara yang kering terlalu lama. Hindarkan diri juga daripada persekitaran berhabuk atau asap rokok. Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan ibu alah atau mudah terbersin.

    3. Amalkan pengambilan Vitamin C yang dapat membantu meningkatkan imun ibu ketika hamil dan mengelakkan masalah selsema atau batuk yang mudah berlaku ketika hamil.

    Mudah-mudahan tips di atas dapat membantu dan ibu-ibu semua dapat menempuhi 9 bulan kehamilan dengan hati yang tenang dan gembira, Amin.

    Love – Mek ila JV
    (Visited 548 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    6 thoughts on “Langkah Awal Tangani Hidung Berdarah Ketika Hamil Agar Ibu Tidak Panik

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge