• Minum Petang Dengan Cheese Cake Leleh Sedap Iman Bakery Semenyih

    Time time petang ni memang perut terasa lapar dan minta diisi.  Apatahlagi bila dapat mesej dari rakan Shaklee Mek ila yang beliau dapat hadiah Kek Coklat Moist semasa COD Vitamin di rumah customer . Dalam hati dah terbayang ‘ wah bestnya kalau dapat makan kek coklat time petang-petang ni’. Terus Mek ila whatsapp Group Baking Class Semenyih yang Mek ila sertai bertanyakan kalau-kalau ada yang buat kek lebih.

    Minum Petang

    Sedapnya Kalau Dapat Minum Petang Begini!

    Pucuk dicita ulam mendatang bila Encik Amran yang menjual Kek ada buat extra kek cheese hari ini. Paling best lagi, rumah Encik Amran ni dekat je, kira-kira 3 minit dah sampai jika menaiki kereta. Namun inilah pertama kali Mek ila nak pergi membeli, maklumlah sebelum ni tak pernah pun tahu kewujudan Iman Bakery ini.

    Cheese Cake Promo

    Promo Cheese Cake Leleh Encik Amran Yang Belum Siap Toppingnya

    Lokasi Iman Bakeri
    Iman Bakeri terletak di Taman Sri Tanjung, Semenyih berhadapan dengan padang bola tampar. Memang tak susah sangat nak mencarinya. Kalau tak salah Mek ila nama Iman Bakeri ini diilhamkan daripada nama anak En Amran yang kini telah pun berusia 7 tahun. Sempat jugalah Akmal bermain-main sekejap dengan Iman sementara menunggu kek tadi dibungkus.Iman Bakeri

    Sebenarnya ada banyak lagi produk yang dihasilkan oleh Iman Bakery seperti roti, kek cawan dan pelbagai jenis kek termasuk kek perkahwinan. Malah Iman Bakery juga ada menganjurkan kelas khas untuk mereka yang ingin belajar membuat kek seperti Mek ila. InsyaAllah, memang nak join kelas belajar buat kek nanti. Bolehlah buat kek yang lebih sedap untuk Arif & Akmal nanti.

    Hasil Tangkapan

    Kek Vanila

    Vanila Cheese Cake

    Kek Pandan

    Pandan Cheese Cake

     

    Kek Strawbery

    Strawberry Cheese Cake

     

    Kek Chocolate

    Chocolate Moist Cheese Cake

    Kesimpulannya memang sedap kek yang dibuat oleh Iman Bakery ni. Rasa keknya tidak terlalu manis, dicampur pula dengan topping krim cheese yang rasanya masam masam manis. Perfect combination yang buatkan Arif menangis bila kek pandannya dihabiskan oleh encik Hubby, hihi. Takpelah, nanti kita beli lagi esok ye sayang. Harga sebekas kek ini pula sangat sangat murah dan diluar jangkaan. Malah 2-3 kali Mek ila tanya untuk comfirmkan harganya.

    Kepada yang berminat untuk menempah sebarang jenis kek, bolehlah mengubungi Iman Bakeri sendiri di talian 012-255 3487.

    Dan kalau nak dapatkan Vitamin Shaklee pula, jangan lupa whatsapp Mek ila di talian 012-8943453.

    (Visited 3,922 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Makanan, Cerita Tentang Semenyih

    Tags: , ,

    One thought on “Minum Petang Dengan Cheese Cake Leleh Sedap Iman Bakery Semenyih

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge