• Penyusuan Susu Ibu Bukan Sekadar Fitrah, Ia Lebih Dari Itu ~

    Alhamdulillah, kelas Penyusuan 2 Tahun Terindah yang Mek ila jalankan di group Whatsapp telah pun bermula beberapa hari yang lalu. Memang seronok dan gembira apabila dapat berkongsi banyak info terutamanya untuk ibu-ibu baru di luar sana.

    Bagi mereka yang tak berkesempatan untuk  join kerana bilangan ahli adalah limited, InsyaAllah Mek ila akan kongsikan beberapa point penting di dalam blog ini.

    little child baby

    Point 1 : Kenapa Kita Perlu Menyusukan Anak?

    Pemberian susu ibu kepada bayi dan anak-anak adalah fitrah semulajadi manusia dan merupakan cara hidup (way of life) yang disarankan oleh agama Islam.

    “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; (Surah al-Baqarah ayat 233)

    Malah ke empat empat mazhab bersepakat mewajibkan pemberian susu ibu kepada bayi sehingga 2 tahun melalui ibu tadi atau ibu susuan.


    Kesimpulannya
    Ibu-Ibu wajib menyusukan anak-anak mereka sekiranya mereka mampu dan tiada keuzuran yang menghalangnya.Apabila ada sebab sebab yang tertentu, pemberian kurang dari 2 tahun dibolehkan dengan persetujuan kedua ibu dan bapa.

    Pemberian susu ibu kepada bayi/kanak-kanak juga merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan di negara-negara barat dan di seluruh dunia.

     

    Kebaikan Susu Ibu

    1. Ianya istimewa diciptakan oleh Allah dari ibu untuk anaknya. Susu ibu ada kombinasi nutrien yang terbaik untuk bayi. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi dan kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

    2. Susu ibu terutamanya kolostrum dapat menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.  Susu ibu juga mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. Walaubagaimanapun kita masih perlu sendawakan bayi setiap kali penyusuan seelok-eloknya sehingga bayi boleh berdiri dengan sendirinya. Bayi yang telah pandai berdiri juga akan pandai sendawa dengan sendirinya.

    3. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak antaranya DHA. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

    Khasiat-susu-ibu-anak-lebih-bijak

    4. Susu ibu tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. Maka amat penting juga untuk ibu-ibu yang bekerja mempelajari teknik pengendalian susu ibu ketika mereka tiada di sisi bayi.

    5. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Sebagai contoh, bayi akan berhenti menangis apabila disusukan.  Selain itu iIa memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara mereka.

    Baca Lebih Lanjut Tentang Keistimewaan Susu Ibu di Mata Mek ila sendiri dalam entry yang terdahulu.

    Paling ketara apabila anak anak kurang sihat seperti  mengalami cirit birit, satu-satunya susu yang selamat untuknya ialah Susu Ibu. Mek ila tak dapat bayangkan jika baby tidak sihat dan Mek ila pula tidak mempunyai susu untuk menyusukannya. Memang sedih sangat bukan?

    Kepentingan Memahami Hukum Penyusuan

    Sebenarnya suatu ketika dulu Mek ila juga tidak mengetahui bahawa penyusuan adalah diwajibkan kepada ibu yang berkemampuan untuk menyusukan anak. Maklumlah ianya tidak diajar semasa di dalam kelas Penyusuan sebaliknya yang lebih dititikberakan ialah khasiat Susu Ibu kepada pembesaran mereka.

    Kenapa Kita Perlu Faham Hukum?
    Bila kita faham bahawa pemberian susu ibu adalah sesuatu yang diperintahkan oleh agama, kita akan berusaha bersungguh sungguh untuk memahami, belajar dan menjayakannya. Maka usaha usaha untuk menjayakannya juga akan dijadikan keutamaan oleh semua ibu-ibu.

    Sebagai contoh di sepanjang 2 tahun ini, ibu-ibu mungkin akan mengalami pelbagai masalah sama ada dari segi kesihatan, kerjaya, keluarga malah mungkin masalah yang berpunca daripada anak juga. Sekadar mengambil contoh daripada Mek ila sendiri, Arif Fahmi dahulu jenis yang suka menggigit semasa menyusu sejak berusia 2 bulan menggunakan gusi sehinggalah usianya setahun setengah. Pendarahan dan demam panas akibat gigitan adalah perkara biasa yang Mek ila alami. Malah ketika Arif berusia setahun setengah, Mek ila juga pernah diarahkan untuk membuat ultrasound bagi memastikan bengkak di bahagian Susu tadi adalah bengkak yang bukan disebabkan oleh ketumbuhan.

    Tanda Kasih Ibu

    Disebabkan banyak kali ia terjadi, Ibu Mek ila sendiri pernah menyarankan agar berhenti menyusukan Arif kerana ianya boleh membawa kepada kemudharatan. Namun bila memikirkan niat untuk memberikan yang terbaik, Mek ila teruskan juga penyusuan dengan linangan air mata apabila perkara tersebut berlaku lagi.

    Tips Hari Ini

    1. Penyusuan penuh 2 tahun bukan perkara yang mudah tapi boleh dijayakan. Maka langkah pertama ialah sentiasa yakin dan berazam kita boleh menjayakannya. Setiap hari di dalam solat kita berdoa seperti berikut:-

    “ Ya Allah, permudahkan lah aku menyusukan anak ku (Nama) sehingga 2 Tahun. Jadikanlah aku ibu yang sabar dan sentiasa berusaha untuk menyusukannya sehingga 2 Tahun. Doa ini boleh ditambah lagi mengikut isi hati ibu sendiri.

    Doa Ibu

    2. Perkara yang lepas jangan dikenang. Kalau dulu kita tidak berjaya susukan anak, tidak bermakna kali ini juga tidak berjaya. Kenali punca kegagalan kita dahulu, perbaiki dan pastikan ianya tidak berulang lagi.

    3. Ikhlas menyusukan anak demi Allah dan kerana kebaikannya kepada anak.

     

    (Visited 279 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: , , ,

    4 thoughts on “Penyusuan Susu Ibu Bukan Sekadar Fitrah, Ia Lebih Dari Itu ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge