• Tips dan Panduan Bila Anak Tiba-Tiba Menolak Penyusuan

    Sepanjang 2 tahun penyusuan ini , pastinya ibu-ibu akan mengalami pelbagai dugaan dan cabaran. Antara cabaran yang paling merisaukan ialah bila anak tiba-tiba menolak penyusuan.  Memang menyedihkan bila perkara ini terjadi. Mek ila pernah mengalaminya 2 kali ketika menyusukan Arif dulu.

    ????????????????????????????????????????

    Ketahui Sebab-Sebab Anak Menolak Penyusuan.
    Ada banyak sebab mengapa anak tiba-tiba tidak mahu menyusu. Antaranya ialah:-

    1. Jangkitan pada mulut anak seperti thrush. Jangkitan selsema juga mungkin menyebabkan anak kurang selesa bernafas hingga menyukarkan ia untuk menyusu.

    2.  Tumbuh gigi, anak mungkin akan rasa kurang selesa dan kurang menyusu.

    Bayi Tumbuh Gigi

    3. Jangkitan lain seperti ulser. Anak akan menghadapi kesukaran untuk menelan menyebabkan ia tidak mahu menyusu secara tiba-tiba.

    4. Perubahan dalam rutin harian anak seperti berjalan jauh (travelling), berpindah rumah atau pusat asuhan atau gangguan bunyi bising.

    5. Tempoh perpisahan yang lama dengan ibu seperti bila ibu pergi out station atau berkursus. Anak mungkin tidak mahu menyusu sebagai tanda protes atau sedih bila ditinggalkan.

    Crabtree
    6. Perubahan pada badan ibu seperti ibu bertukar minyak wangi, losyen atau mandian.

    7. Perubahan rasa susu yang disebabkan oleh kehamilan.

    8. Penggunaan botol susu yang kerap hingga menyebabkan anak keliru puting atau lebih selesa dengan penggunaan botol susu.

    Bayi Lebih Sukakan Botol Susu

    9. Gangguan dalam proses penyusuan seperti anak leka menonton TV dan sebagainya. Jika ini terjadi, pastikan ibu menyusukan anak di tempat yang aman seperti di dalam bilik.

     

    Tips Tangani Anak Tidak Mahu Menyusu

    Paling penting kita perlu ketahui mengapa bayi tidak mahu menyusu. Seandainya ia disebabkan oleh jangkitan, pastikan ibu membawa bayi berjumpa Doktor untuk diperiksa terlebih dahulu.

    Sekiranya ia disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran yang lain, Tips untuk menangani anak tidak mahu menyusu sebenarnya agak sama dengan tips bagi anak yang mahu menyusu di sebelah payudara sahaja iaitu:-

    • Menawarkan penyusuan dalam keadaan bayi separa sedar seperti mengantuk atau penyusuan di tengah malam.
    • Menukar kedudukan penyusuan dalam keadaan berbeza seperti bergerak, berjalan, berbaring  dan sebagainya. Mommy juga boleh mencuba menyusukan bayi di tempat yang berbeza daripada biasa seperti membawanya keluar menaiki kereta dan sebagainya.
    • Sekiranya penyusuan disebabkan gangguan bunyi bising dan sebagainya, cari tempat yang aman agar bayi lebih selesa dan fokus kepada penyusuan.
    • Banyakkan sentuhan dengan bayi (skin to skin contact). Tujuannya untuk merangsang agar bayi ingin menyusu semula; dan yang paling penting
    • Terus berusaha memujuk bayi hingga bayi ingin menyusu semula.

     

    Petua Orang Lama
    Ini adalah petua yang pernah Mek ila amalkan untuk Arif apabila beliau tidak mahu menyusu.

    Air Basuhan Beras

    Caranya
    1. Ambil sedikit beras dan letakkan di dalam pinggan/mangkuk
    2. Tambahkan sedikit air dan ramaskan beras tadi seperti ingin mencuci.
    3. Sapukan air basuhan beras ke seluruh payudara dengan bacaan selawat 3 kali . Niatkan agar anak terbuka hati untuk menyusu semula.

    Biarkan ia kering sendiri dan kemudian cubalah kita pujuk anak untuk menyusu kembali. Lakukan cara ini beberapa kali sehingga anak mahu menyusu semula. Yang penting jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar perjalanan penyusuan kita sentiasa dipermudahkan, Amin.

    Jom baca kisah 2 Tahun Penyusuan Terindah

    (Visited 517 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan, Umum

    Tags: ,

    5 thoughts on “Tips dan Panduan Bila Anak Tiba-Tiba Menolak Penyusuan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge