• Tips dan Tempoh Penyimpanan Susu Perahan Agar Khasiatnya Kekal Terpelihara

    Bagi ibu-ibu menyusukan yang bakal kembali bekerja, amat penting untung mereka mengetahui tips dan pengendalian dalam penyimpanan susu perahan. Ini penting bagi memastikan khasiat susu perahan kekal terpelihara ketika diberikan kepada anak-anak di rumah pengasuh atau di taska nanti.

    Di bawah ini Mek ila kongsikan lagi beberapa tips dan cara mudah untuk penyimpanan susu perahan yang telah Mek ila kongsikan di group whatsapp 2 Tahun Penyusuan Terindah tempoh hari.

    Cara Simpan Susu Perahan

    Tips 1: Bilakah tempoh yang sesuai untuk mula membuat simpanan stok susu perahan.
    Terdapat banyak pandangan berkaitan perkara ini. Berdasarkan pengalaman Mek ila, ibu-ibu boleh memulakan simpanan stok seawal 2 minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimana pun ianya boleh dilewatkan mengikut keperluan kerjaya ibu-ibu.

    Memerah susu bukan sekadar untuk membuat stok tetapi juga bertujuan untuk melatih bayi menyusu menggunakan botol susu walaupun sebenarnya cara yang digalakkan adalah memberi bayi minum menggunakan cup. Namun Mek ila perhatikan sangat jarang ada pengasuh yang ingin memberi bayi minum susu menggunakan cup. Kerana itulah kebanyakan ibu ibu memilih untuk menggunakan botol susu.

    Pemberian susu menggunakan botol susu di peringkat awal iaitu sebelum berusia 1 bulan adalah sekadar sekali sekala dan bukannya dengan kerap. Ini bagi mengelakkan bayi mengalami masalah keliru puting dan lebih suka menyusu menggunakan botol berbanding direct feeding. 2 minggu sebelum masuk kerja, bolehlah ibu  ikuti sepenuhnya jadual pemberian susu ibu seperti yang dicadangkan.

    Latihan Pemberian Susu Ibu

    Mengikut pengalaman Mek ila juga, sekitar usia 1 bulan kebanyakan bayi telah bijak dan mungkin menolak pemberian susu ibu menggunakan botol. Jika perkara ini terjadi, ibu perlu mendapatkan bantuan ahli keluarga yang lain untuk memberikan susu perahan kepada bayi.

     

    Tips 2: Sekiranya bayi ditahan di NICU
    Bagi ibu-ibu yang anaknya ada masalah kesihatan dan ditahan di Neonantal Intensive Care Unit (NICU) hospital, ada yang memerah susu seawal kelahiran bayi. Mek ila dulu pun begitu. Jangan risau sekiranya kita tidak mempunyai pum susu, kerana pihak NICU biasanya ada menyediakan peralatan ini di dalam wad dan ianya boleh digunakan oleh ibu-ibu.

    Tips 3:Peralatan Perlu Ada
    Berikut adalah beberapa peralatan yang perlu ada untuk membuat stok perahan susu.
    1. Pam Susu (sekiranya ibu tidak memerah menggunakan tangan)
    2. Storage : Botol atau Storage Bag

    Milk Storage3. Coller Bag + Ice Packs (diperlukan bila ibu telah mula bekerja).

    Kebanyakan cooler bag disertakan bersama sama ketika pembelian Pam Susu begitu juga Storage. Namun untuk storage, ibu-ibu perlu membeli tambahan storage yang lebih banyak untuk menyimpan stok perahan susu mereka. Baca tips untuk membeli pam susu di sini.

     

    Tips 4: Tempoh Simpanan Susu Perahan.
    Jadual di bawah menerangkan secara terperinci tempoh simpanan Susu Perahan.

     

    Tempoh Simpanan Susu Perahan

    Kita kaitkan jadual ini dengan situasi yang sering berlaku.

    Situasi di pejabat.

    1. Susu yang baru kita perah kita panggil Fresh EBM. Susu yang diperah kita simpan di dalam botol storage atau storage bag. Labelkan dengan dengan tarikh dan masa perahan. Labelkan juga dengan nama anak, jika kita risau tertukar susu dengan ibu lain atau susu tersebut ingin dihantar ke taska.

    2. Seterusnya kita simpan di bahagian chiller peti ais pejabat bukan dibekukan terus. Selain chiller kita juga boleh menyimpan susu tersebut di dalam cooler bag yang mempunyai ice pack sekiranya ice pack tersebut boleh tahan/berfungsi sehinggalah waktu ibu sampai semula ke rumah nanti pada waktu petang. Susu yang disimpan di Chiller kita panggil Chilled EBM. Mengapa tak boleh dibekukan terus?

    Untuk menjaga khasiat dan zatnya, susu perahan tidak perlu dibekukan terus  kecuali kita tidak berhasrat menggunakannya dalam tempoh terdekat. Kita tengok kembali jadual di atas, susu perahan boleh disimpan di chiller sehingga kurang daripada 8 hari (<8 hari). Maka kita tidak perlu bekukan dahulu kerana Chilled EBM lebih berkhasiat daripada Frozen EBM (susu yang telah dibekukan). Selain  itu, simpan di chiller memudahkan ibu dalam  pengendalian membawa pulang susu perahan ke rumah dan menjaga suhunya. Ini kerana bila telah dibekukan, susu tidak boleh dibiarkan mencair dan kemudian dibekukan semula.

     

    Tips 5: Situasi jika susu perahan kita pada setiap sesi adalah sedikit.

    Soalan yang sering ditanya adakah “Bolehkah ianya dicampur dalam 1 botol untuk menjimatkan storage?”.

    Berkenaan soalan ini Mek ila teringat ketika Akmal dimasukkan ke NICU dahulu. Di NICU disediakan sebuah peti ais besar untuk  menyimpan susu perahan. Oleh kerana Akmal baru sahaja lahir dan ketika itu hanya hari yang ke 3, hasil susu perahan Mek ila hanya sedikit sekitar 2.5 oz. Oleh kerana botol storage yang dibawa tidak banyak, Mek ila berhasrat untuk mencampurkan susu perahan yang diperolehi dalam 2 sesi perahan terdahulu dalam 1 botol. Oleh kerana peti ais tersebut boleh dibuka hanya dengan kebenaran nurse bertugas, memang jenuh Mek ila nak explain bahawa susu perahan tersebut boleh dicampurkan. Namun nurse dan kawan kawannya yang lain tetap bertegas menyatakan susu tersebut tidak boleh dicampur.

    Sebenarnya mengikut praktis yang betul, kita tidak digalakkan mencampur susu dari sesi perahan yang berbeza.  Walau bagaimanapun kebanyakan Pakar Laktasi mengatakan ianya boleh dicampurkan mengikut cara di bawah:-

    Susu perahan dari sesi berbeza dalam tempoh 24 jam yang sama boleh dicampurkan bersama dalam satu botol dengan syarat suhu kedua susu telah sama. Contohnya jika sesi 1 (jam 10 pagi), ibu dapat 2oz dan simpan di chiller. Sesi 2 (jam 1 tengahari) ibu  dapat 3oz susu pula. Yang 3 oz tadi kita simpan dulu di chiller lebih kurang 1 jam atau lebih, bila dah sama suhu baru kita campurkan. Untuk kes sebegini, label masa perahan adalah tarikh dan  masa perahan terawal.

    cooler bag

    Tips 6 : Cara Bawa Pulang Ke Rumah
    Bila ibu nak balik ke rumah, susu di chiller tadi kita pindahkan ke dalam cooler bag. Bila sampai ke rumah, kita  pindahkan ke chiller juga dan bukan dibekukan kecuali atas sebab yang telah dinyatakan di atas.

    Sekiranya ice pack kita tidak tahan lama sehingga waktu sampai ke rumah, biasanya Mek ila akan gunakan cara ini.
    Sampai sahaja di pejabat, kita simpan ice pack di bahagian beku. Selesai memerah susu, susu perahan pula disimpan di chiller. Jadi apabila kita nak pulang nanti ice pack tadi sememangnya dapat bertahan hinggalah waktu kita sampai ke rumah.

    Tips 7: Perlukah Basuh Spare Part Pump?
    Jika ibu sibuk dan tidak sempat untuk membasuh spare part pump seperti corong pump, kita tak perlu membasuhnya. Cukuplah sekadar kita simpan peralatan ini di dalam bekas bertutup di dalam peti ais bawah setiap kali selesai sesi perahan. Bila dah sampai di rumah nanti, barulah kita cuci dengan sempurna untuk digunakan pada hari esok pula.

    Nota
    Walaupun susu perahan boleh disimpan di chiller kurang dari 8 hari, ianya bergantung juga dengan keadaan peti sejuk kita di rumah. Jika di dalamnya terdapat pelbagai barangan dan pengudaraan peti ais juga kurang memuaskan, maka tempoh 3-5 hari adalah tempoh yang ideal. Selepas tempoh tersebut, simpanlah susu di bahagian beku pula.

    Orite, moga dapat membantu. Jumpa lagi dalam kelas dan tips yang akan datang.

    (Visited 3,389 times, 2 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: , ,

    2 thoughts on “Tips dan Tempoh Penyimpanan Susu Perahan Agar Khasiatnya Kekal Terpelihara

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge