• 3 Sebab Mengapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Perlukan Air Masak ~

    Susu ibu adalah makanan terbaik dan telah lengkap kepada bayi yang berumur 0-6 bulan. Ini bermakna, tiada sebarang minuman atau makanan tambahan lain perlu diberikan kepada bayi kita pada usia tersebut termasuk air masak ataupun air kosong.

    Walaupun pakar-pakar perubatan telah melarang pemberian air masak ini, namun masih ada juga ibu-ibu yang memberikan air masak kepada bayi dengan alasan untuk membasuh atau membilas tekak bayi selpas pemberian susu ibu dan sebagainya.

    Plain Water

    Menurut American Academic Paediatrics , pemberian air kosong kepada bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan adalah tidak digalakkan dan boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi terutama kepada bayi yang lebih kecil.

     

    Jom Kita Lihat Komposisi Susu Ibu

    Jika kita lihat carta ini, komposisi air di dalam susu ibu adalah 88.1% dan ianya telah mencukupi untuk keperluan bayi. Maka sebab itulah bayi yang menyusu susu ibu tidak perlukan air kosong atau air masak.

    Susu Ibu Composition

    Bahaya Pemberian Air Kosong Kepada Bayi Di Bawah Usia 6 bulan

    Water Intoxication
    Boleh menyebabkan water intoxication berlaku di mana badan bayi mengalami kekurangan garam disebabkan dberikan banyak air kosong. Pemberian air kosong yang banyak boleh mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras elektrolit di dalam badan. Jika kritikal, ianya boleh menyebabkan sawan, koma, kecederaan pada otak dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dikesan lebih awal.

    Pembesaran Bayi Terbantu
    Perut bayi masih kecil dan pemberian air kosong akan menyebabkan perut bayi penuh dan tiada selera lagi untuk minum susu. Air kosong tidak mengandungi sebarang khasiat atau kalori maka pembesaran bayi boleh terbantut kerana bayi tidak mendapat khasiat yang diperlukan.

    Mengganggu Penghasilan Susu Ibu
    Pemberian air masak boleh mengganggu jadual pemberian susu ibu dan boleh menyebabkan pengeluaran susu ibu berkurangan kerana tiada supply dan demand yang berterusan. Apabila ini terjadi ibu mungkin terpaksa memberikan susu formula sebagai alternatif.

    Bolehkah Bayi Diberikan Air Masak Selepas Genap 6 Bulan?

    Bagi bayi yang berusia di bawah 1 tahun, water intoxication masih lagi boleh berlaku sekiranya air masak diberikan dalam kuantiti yang banyak. Maka pemberian air masak perlu dihadkan dalam kuantiti yang sedikit atau sekadarnya pada satu-satu masa. Pemberian air masak ini juga hanya ditawarkan selepas bayi kenyang sama ada selepas pemberian susu ibu atau selepas bayi menikmati makanan pelengkapnya.

    baby-drinking-water

    Bagaimana Nak Elakkan Orang Lain Memberikan Air Masak Kepada Anak-Anak.

    Bab ini memang 1 cabaran maklumlah kadangkala yang memberi pandangan untuk memberi air masak kepada bayi  ini adalah ahli keluarga terdekat kita. Maka sebagai mama dan papa perlulah kita jelaskan betul betul kepada mereka tentang kandungan air masak yang telah mencukupi di dalam susu ibu dan keburukan jika bayi diberikan air masak. Sebagai cadangan, mama dan papa boleh memuat turun gambar gambar dan article yang bersesuaian untuk dikongsikan dengan mereka.

    Salam sayang;

    (Visited 1,336 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: , , ,

    5 thoughts on “3 Sebab Mengapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Perlukan Air Masak ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge