-
Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!
Apabila jerebu kerap melanda, ianya bagaikan mula menjadi perkara biasa. Kalau Mek ila perhatikan makin ramai yang keluar pada waktu jerebu tanpa memakai topeng keselamatan. Baru sebentar tadi ketika memandu kereta di depan sebuah pasaraya, Mek ila melihat sepasang suami isteri muda berjalan di kaki lima bersama bayi mereka yang masih sangat kecil, masih berbedung lagi nampaknya.
Golongan yang paling berisiko terhadap jerebu sebenarnya adalah bayi, kanak-kanak, warga emas dan para pesakit kronik. Ini kerana jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam peparu dan diserap ke dalam darah.
Selain bayi dan kanak-kanak, penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma dan masalah pernafasan, penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.
Selain daripada penyakit sedia ada yang boleh bertambah teruk dengan keadaan jerebu, mereka yang sihat juga boleh mengalami beberapa masalah kesihatan seperti kesukaran bernafas, gatal-gatal mata , batuk dan juga selsema.
Langkah-Langkah Penjagaan Kesihatan Kepada Golongan Berisiko – Kanak-Kanak, Warga Emas & Pesakit kronik
Tingkatkan Imuniti Di Waktu Jerebu
Pemakanan yang kaya dengan Vitamin C seperti oren, kiwi dan jambu batu, Vitamin E dan Minyak Ikan Omega-3 amat digalakkan bagi meningkatkan imun badan dan merendahkan risiko diri kepada bahaya jerebu.
Pemakaian Topeng Jerebu N95
Seperti yang kita semua telah maklum, pemakaian topeng yang disarankan ketika jerebu adalah Topeng Muka N95 dan bukannya topeng pembedahan yang biasa.Sebelum berpisah, Mek ila sertakan panduan pemakaian topeng N95 ini secara sempurna. Moga-moga gejala jerebu cepat berlalu meninggalkan Malaysia, Amin.
P/S: Ingin meningkatkan imun dengan Vitamin Shaklee, jom whatsapp Mek ila 012-8943453 hari ini untuk konsultasi percuma.
(Visited 231 times, 1 visits today)Terlebih Lemak? Alamak Jom Kenali 2 Jenis Lemak Bahaya Di Dalam Badan Kita Kenali 9 Tanda Menopause Agar Kita Lebih Bersedia ~
12 thoughts on “Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!”
Leave a Reply
Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
Komen Terkini
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- SHARIFAH MUHAMAD NOR on Apa Nak Buat Bila Tangan & Kaki Terasa Kebas? Vitamin Ini dapat Membantu!
- nurul nadya on Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Suntikan Dexamethasone?
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (80)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
Wow!! Best Sangat!
tak nampak tanda tanda jerebu pulih 🙁
Uncle Zuan recently posted…5 Tempat Makan Sedap di Senawang
Betul tu, sama -samalah kita doakan. Kesian pada anak-anak yang tak dapat bersekolah.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!
inshaAllah, moga semuanya kembali pulih seperti sedia kala
Uncle Zuan recently posted…Tampil Sehat & Jelita Dengan CitySkin MediSpa
sebagai orang yang bekerja.,…memang tiada pilihan untuk tidak keluar dari rumah walaupun seteruk mana pun jerebu..
mrhanafi recently posted…Kisah Saya Sebagai Pelayan Restoran
Betul tu HB, maka langkah-langkah keselamatan seperti pemakaian topeng N95 wajib dipraktiskan.
namun begitu jerebu di Malaysia tak la teruk sangat..belum cecah angka darurat lagi.
mrhanafi recently posted…Cerita Bajet 2016 Hangat Di Pasaran
Budak budak ni walau dipesan duduk dalam rumah, tapi sibuk juga nak keluar…
Sani recently posted…10 Sebab Anda Kena Dapatkan Kedai Online Amazon Dengan Nichify!
Dengar cerita jerebu ni akan berlarutan sampai akhir tahun..
Adzrif Sidek recently posted…Apa Yang Saya Belajar Daripada Seminar Harimau Menangis?
selagi ada yang rajin membakar dan takde penguat kuasaan kat indonesia tu..selagi tu negara kita akan kena tempiasnya.
titan recently posted…How to become STRONG likes Saitama Sensei?
bila la masalah jerebu ni nak berhenti…
LabuLabi Network recently posted…JANA PENDAPATAN PASIF: PROMOSI PRODUK AMORA.MY
jerebu teruk memang akan memberikan risiko buruk terhadap kesihatan kita. sebagai ibu-bapa kenalah pandai kawal anak-anak, kurangkan aktiviti di luar rumah.
azrin recently posted…Promosi Istimewa MyCowayWater
alhamdulillah jerebu dah semakin pulih.
abg jay recently posted…Resort Menarik di Jelebu Negeri Sembilan.