• Kelas Instagram – Buat IG biar Sampai Jadi ~

    Pagi tadi bertempat di Shaklee Pinnacle, group Shaklee Mek ila di bawah Mommy Anum a.k.a Mak Jemah telah menganjurkan kelas Instagram khusus untuk meningkatkan lagi kemahiran ahli dalam memperkembangkan perniagaan melalui Instagram.

    Seperti yang kita tahu akibat daripada pelbagai perubahan algoritma di Facebook termasuk dengan adanya Facebook Ads, medium perniagaan di Facebook mulai perlahan dan tidak begitu memberangsangkan seperti dahulu. Maka amat penting bagi semua peniaga online untuk mempelbagaikan promosi dan strategi agar perniagaan yang dijalankan terus berjaya dan dapat bersaing secara sihat dengan peniaga yang lain. InsyaAllah inilah yang akan kami terapkan kepada semua ahli terutama yang memang berazam untuk mendapatkan Trip Percuma 4 Hari 3 Malam Shaklee ke Bangkok.

    Kelas Instagram

    Kelas IG Buat Sampai Jadi

    Apa yang boleh Mek ila katakan kelas ini memang best dan santai dan penuh dengan pengisian yang praktikal. Bermula denga pemilihan nama IG yang unik dan melambangkan identiti perniagaan kita, peserta turut diajar bagaimana untuk menyediakan profile yang menarik dan meyakinkan para pembeli. Malah peserta turut diajar pelbagai teknik untuk mendapatkan  potensi buyer dengan cara memilih follower yang betul. Ini termasuklah penggunaan Apps percuma yang dapat digunakan bagi menambah bilangan follower dengan pantas dan cepat.

    Kelas IG

     

    Pemilihan Gambar Yang Betul
    Gambar yang cantik dan menarik diperlukan untuk menarik perhatian pembeli di Instagram. Antara 2 teknik yang diajar di kelas ini ialah Flat Lays dan Beli Jiwa.

    Flat Lays dan Beri Jiwa

    Sesi Praktikal & Penyampaian Hadiah
    Paling menyeronokkan ialah sesi praktikal untuk menambah follower dan juga pemilihan gambar. Macam macam aksi yang dibuat oleh para peserta untuk mendapatkan gambar dan shoot yang terbaik. Memang tak cukup masa 3 jam yang diperuntukkan untuk mempelajari teknik pemasaran Instagram ini.

    Sesi Praktikal M

     

    Hadiah Untuk Peserta

    Hadiah Vitamin Shaklee Untuk Peserta Bertuah

    Seperti biasa sebelum berpisah, wajiblah ambil gambar sebagai kenang-kenangan. InsyaAllah lepas ni akan menyusul pula kelas praktikal Nutriwhite untuk ahli-ahli yang berminat.

    Beramai ramai

    Inginkan side income, jom whatsapp Mek ila: 012-8943453 atau isikan form ini. Jumpa anda di puncak jaya!

    (Visited 222 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    Tags: ,

    4 thoughts on “Kelas Instagram – Buat IG biar Sampai Jadi ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge