• Kenali 9 Tanda Menopause Agar Kita Lebih Bersedia ~

    Bila sebut je bab menopause ni, ianya memang sesuatu yang akan merisaukan kaum wanita. Namun ianya memang sesuatu yang tidak boleh kita elakkan kerana ianya merupakan 1 kitaran hidup yang pasti akan hadir dalam kehidupan. Yang pasti ilmu dan persediaan mengenai menopause ini amat penting agar kita boleh menghadapinya dengan lebih yakin. Bak kata orang kehidupan kita masih lagi sama dan tidak berubah walaupun selepas menopuase ini.

    men4

     

    Apa itu Menopause?

    Menopause berlaku apabila kitaran haid bagi seseorang wanita berakhir. Ianya sering terjadi di penghujung usia lewat 40-an atau pun di awal usia 50-an. Pengakhiran haid bermakna berakhirlah fasa kesuburan di dalam hidup wanita di mana wanita berhenti menghasilkan ovum dan tidak lagi boleh hamil. Menopause akan penyebabkan perubahan dan pengurangan hormon di dalam tubuh wanita hingga menyebabkan sesetengah wanita mengalami simptom-simptom seperti berikut:-

    men1

    • Kekeringan pada vagina dan ketidakselesaan ketika bersama suami
    • Rasa panas
    • Berpeluh pada waktu malam
    • Masalah sukar tidur dan mudah terjaga
    • Perubahan emosi dan lebih sensitif
    • Pertambahan berat badan
    • Kulit kering
    • Rambut gugur dan kelihatan lebih nipis
    • Kebas, Sakit sakit pada sendi dan tulang – petanda awal pada osteoporosi

     

    Kesan Menopouse

    Perubahan kitaran hormon wanita ketika menopause boleh mengganggu emosi wanita hingga boleh mengganggu aktiviti hariannya. Maka amat penting untuk wanita memahami dan mengawalnya serta berkongsi perasaan tersebut dengan pasangan agar mereka lebih tenang dan bersedia untuk menghadapinya bersama-sama.

    men3

    Kesan Menopaus Kepada Kesihatan

    Selain berakhirnya kesuburan wanita, pengurangan hormon estrogen dalam tubuh wanita boleh membawa risiko kepada masalah kesihatan lain seperti :-

    • peningkatan kolesterol
    • penyakit jantung
    • penyakit sendi dan tulang serta osteoporosis
    • parkinson
    • kemurungan
    • mudah lupa

    Oleh yang demikian amat penting agar wanita terus mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang serta meningkatkan aktiviti kerohanian bagi menjaga emosi dan keharmonian kehidupannya.

    Fungsi GLA Shaklee Kepada Wanita

    GLA Shaklee bukan sahaja vitamin yang sangat disyorkan kepada wanita muda yang mengalami masalah kitaran haid dan kesuburan, ia juga sangat bagus untuk wanita yang bakal atau telah mengalami menopause.

    GLA Complex menggabungkan khasiat minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ianya berfungsi untuk melegakan kesakitan semasa haid,  menormalkan kitaran haid, menambah kesuburan  dan melegakan simptom menopaus.

     men2
    Jom kita tengok lebih lanjut fungsi GLA kepada wanita yang mengalami menopause. 

    Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron.
    Ketika menopause, penghasilan hormon estrogen turun akan turun secara mendadak. Pengambilan GLA membantu dalam merangsang semula penghasilan estrogen. Ia juga membantu memulihkan perubahan mood yang sering berlaku di kalangan wanita menopause.
    Memperbaiki simptom menopause
    GLA membantu melambatkan menopause dengan cara memperbaiki simptom menopause seperti rasa panas, sukar tidur, kemurungan dan mudah lupa. Bagi sesetengah wanita, pengambilan GLA juga boleh mengembalikan semula kitaran haid mereka terutama kepada mereka yang mengalami menopause lebih awal daripada yang sepatutnya.

    Membantu mengawal berat badan
    Pengambilan GLA mampu merangsang penghasilan estrogen. Hormon estrogen penting dalam membantu menurunkan kadar kolesterol , merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah dan membantu mengekalkan berat badan ideal.
    happy couple
    Selain itu, pengambilan GLA untuk jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, menyihatkan badan dan menjadikan kulit lebih lembab dan bermaya. Semakin usia meningkat, semakin kurang hormon estrogen yang dihasilkan, maka GLA amat penting untuk mengekalkan kesihatan kita.

    Dapatkan GLA anda hari ini. Whatsapp Mek ila: 012-8943453 hari ini.

    (Visited 325 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: , , ,

    7 thoughts on “Kenali 9 Tanda Menopause Agar Kita Lebih Bersedia ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge