• Menyusukan Bayi Ketika Ibu Tidak Sihat, Tips dan Info Berkaitan

    Dalam entry yang lepas Mek ila ada menerangkan tentang selamatkah menyusukan bayi ketika demam, InsyaAllah kali ini kita akan lihat pula tentang isu dan penyakit-penyakit yang lain.

    Menyusukan Bayi Ketika Sakit

    Kebanyakan pakar pediatrik dan pakar penyusuan sebenarnya mencadangkan agar ibu-ibu tetap meneruskan penyusuan walaupun ketika mereka jatuh sakit. Sebab utamanya ialah kemungkinan penyakit ibu tadi telah pun menjangkiti bayi walaupun bayi belum menunjukkan simptom telah dijangkiti. Oleh kerana tubuh ibu membina tindak balas imun terhadap penyakit secara serentak, bayi juga akan mendapat manfaat melalui antibodi yang melawan penyakit tersebut yang terdapat di dalam susu ibu.

    Tips dan Panduan

    1. Sekiranya penyakit ibu masih berlarutan melebihi 3 hari, berjumpalah dengan Doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat tentang keselamatan meneruskan penyusuan bayi.

    2. Sekiranya ibu perlu mengambil ubatan, pastikan ibu memaklumkan kepada Doktor bahawa kita menyusukan bayi dan ubat tersebut selamat untuk bayi. Ini biasanya melibatkan pemberian antibiotik. Semak ubat-ubatan untuk ibu menyusu di sini.

    3. Jika ibu jatuh sakit dengan teruk dan tidak mampu menyusukan bayi, perahlah susu dan berikanlah kepada bayi untuk diminum melalui cup atau botol.

    Follow Me

    4. Basuh tangan ibu setiap kali sebelum menyusukan bayi. Elakkan dari mencium atau menyentuh bayi secara berlebihan pada tempoh ini. Jangkitan penyakit biasanya boleh berlaku melalui sentuhan dan bukannya melalui penyusuan.

    5. Sekiranya bayi adalah pramatang atau kurang dari usia 3 minggu, ibu ibu mungkin tidak dibenarkan menyusu bayi secara terus memandangkan mereka mudah terkena jangkitan.

    Bagaimana pula kalau ibu dijangkiti penyakit penyakit merbahaya yang lain? Jom kita tengok ~

     

    Penyakit-Penyakit Berbahaya Lain.
    Sumber rujukan: Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Runding Pediatrik

    Pemberian susu ibu bagi penyakit penyakit berbahaya lain seperti berikut juga masih boleh diteruskan dengan langkah berjaga-jaga dan di atas nasihat Doktor.

    Penyakit Panduan
    Hepatitis C Penyusuan susu ibu masih boleh diteruskan memandangkan tiada bukti bahawa virus ini terdapat di dalam susu ibu yang dijangkiti.
    Hepatitis B Penyusuan susu ibu juga masih boleh diteruskan dengan syarat bayi telah diberi HBIG  iaitu imun globulin  dan vaksin Hepatitis B dengan segera.
    Herpes Simples Penyusuan susu ibu boleh diteruskan dengan syarat luka herpes yang berlaku di sekitar payudara telah dirawat bagi mengelakkan jangkitan
    Cacar Air Pemberian susu ibu yang dicadangkan adalah melalui susu perahan dan ibu-ibu perlu mengelakkan diri daripada menyentuh bayi
    H1N1 Pemberian susu ibu masih boleh diteruskan dengan langkah-langkah keselamatan seperti memakai topeng keselamatan. HI1N1 boleh merebak melalui udara atau permukaan yang tercemar. Basuh tangan ibu dengan bersih sebelum menyentuh dan menyusukan bayi.

    Walau bagaimanapun penyusuan susu ibu tidak digalakkan kepada ibu -ibu yang

    • dijangkiti HIV
    • TB yang aktif dan tidak dirawat
    • ibu yang menagih dadah
    • ibu yang menghidap kanser dan mengambil ubat kemoterapi ; dan
    • ibu yang membuat terapi radiasi.

    ?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    Jadi ibu-ibu, janganlah ragu-ragu untuk menyusukan bayi walaupun ketika kita sakit. Paling penting utamakan langkah-langkah keselamatan yang disarankan terutama bagi penyakit yang  boleh merebak melalui sentuhan atau udara.

    Pengambilan supplemen yang bersesuaian seperti Nutriferon dan Vitamin C pula amat digalakkan bagi meningkatkan imun ibu dan dari mengelakkan jangkitan yang berpanjangan.

    Hubungi Mek ila whatsapp: 012-8943453 untuk mendapatkan khidmat konsultasi kesihatan percuma.

    (Visited 201 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Panduan Penyusuan

    Tags: , , ,

    2 thoughts on “Menyusukan Bayi Ketika Ibu Tidak Sihat, Tips dan Info Berkaitan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge