• Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~

    Kak, gatal betullah kulit saya ni. Kat perut gatal, kat peha gatal, kat betis pun gatal. Saya garu sampai nak luka pun ada. Kenapa ye kak? Ni alahan mengandung ke?

     

    Itulah pertanyaan salah seoarang customer Mek ila pada minggu lepas. Mengadu tentang kulitnya yang sangat gatal. Memang tak tahan dibuatnya sampaikan tidur malam pun tak lena.

    alahan kulit pada ibu hamil

    Secara teori, perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan boleh menyebabkan kulit ibu mengalami alahan walaupun ada sahaja ibu- ibu yang kulitnya kekal sihat ketika hamil. Dikatakan perbezaan ini adalah bergantung kepada genetik dan jenis kulit yang berbeza. Walau bagaimanapun ibu ibu jangan bimbang kerana perkara ini hanya bersifat sementara dan biasanya akan hilang selepas kelahiran bayi.

    Jenis-Jenis Masalah Kulit Ibu
    Tompok Coklat @ Chloasma

    chloasma
    Tompok coklat atau pigmentasi ini boleh hadir  di seluruh wajah terutamanya di pipi dan dahi. Untuk mengelakkan pigmentasi yang lebih teruk, ibu-ibu perlu mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari, memakai payung ketika hari panas dan  memakai krim pelindung matahari SPF 15.

    Garisan Menegak Pada Perut @ Linea Nigra
    Garisan gelap ini timbul di bahagian tengah perut hinggalah di bawah dada. Pada kebiasaannya garisan ini telah ada sebelum hamil  namun warnnaya sedikit samar dan hampir tidak kelihatan.
    Garisan Menegak


    Urat Timbul atau Spider Veins

    Sesetengah ibu pula mungkin mengalami masalah salur atau urat darah yang timbul dan bercabang. Ianya boleh berlaku di wajah, dada, lengan atau pun kaki akibat peningkatan daripada pengaliran darah di bahagian yang terlibat.

    spider

    Pengambilan Vitamin C boleh membantu mengurangkan masalah ini dan di masa yang sama ibu-ibu juga perlu mengelakkan diri daripada terdedah dengan perubahan suhu panas atau sejuk yang melampau.

     

    Kesan Regangan atau Stretch Mark

    Tidak seperti masalah tompok coklat, garisan menegak atau urat timbul yang jarang berlaku, stretch mark adalah masalah kulit yang paling biasa terjadi ketika hamil. Apabila berat badan ibu semakin bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit akan mula meregang menjadi garisan kecoklatan terutamanya di bahagian perut.

    stretch-marks

    Kesan regangan juga boleh berlaku di bahagian punggung atau peha tanpa kita sedari. Ibu ibu boleh menggunakan losyen yang bersesuaian dan minum air masak yang mencukupi bagi mengekalkan kesihatan kulit. Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Protein dan Zinc juga amat digalakkan.


    Pertambahan Jerawat

    Disebabkan oleh perubahan hormon, sesetengah ibu akan mengalami jerawat di muka ataupun di bahagian badan. Pastikan kulit muka ibu sentiasa dibersihkan dengan pencuci muka dan gunakan pelembab yang bebas daripada minyak. Mek ila suka untuk mengesyorkan penggunan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite yang sememangnya selamat untuk ibu hamil dan dihasilkandaripada bahan-bahan semulajadi. Jangan sesekali menggunakan produk anti jerawat yang mengandungi bahan-bahan kimia kerana ianya boleh mendatangkan bahaya kepada bayi yang dikandung.

    Kegatalan Kulit @ Ruam Kehamilan
    Kegatalan kulit boleh berlaku kerana beberapa sebab. Semakin kandungan membesar, perut kita juga akan mengembang dan meregang.Keadaan inilah yang menyebabkan kulit di bahagian perut menjadi menjadi kering dan tegang.  Bukan hanya di perut, kegatalan juga boleh berlaku di bahagian lain seperti di leher, celah peha mahupun di bahagian kaki. Seperti biasa pengambilan air masak yang cukup penting untuk memastikan kulit ibu kekal lembap. Penggunaan krim pelembab yang bebas bahan kimia seperti Herbal Blend juga amat digalakkan.

    kulit gatal

    Selain itu kegatalan juga boleh disebabkan oleh keadaan yang dipanggil Ruam Kehamilan atau nama saintifiknya Pruritic urticarial papules and plagues (PUPP). Keadaan ini tidak merbahaya dan seperti biasa akan beransur hilang selepas kelahiran bayi.

    Setelah seminggu amalkan Vitamin C dan guna Herbal Blend, hari ni customer Mek ila call dan kata :-

    Alhamdulillah, gatal gatal dah hilang kak~ tq sangat !!!

    Nak dapatkan set anda hari ini? Jom whatsapp Mek ila 012-8943453 sekarang.

    (Visited 820 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    5 thoughts on “Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge