• Kisah Gigi Kekal Arif Yang Tumbuh Awal ~ Apa Nak Buat Ye?

    Rasanya baru sahaja Mek ila diulit kenangan tentang gigi susu Arif yang tumbuh dengan cepatnya 4 tahun yang lalu. Memang seronok sangat sebab gigi arif tumbuh dengan banyaknya malah dalam 1 masa gigi Arif pernah tumbuh 8 batang serentak. Mek ila memang menitikberatkan penjagaan gigi malah akan memastikan Arif menggosok giginya pada setiap malam dengan pelbagi tips dan cara.

    Tak sangka seawal usia 5 tahun, Arif melalui satu lagi fasa yang baru dalam pertumbuhan giginya. Wah, gigi kekal Arif telah pun tumbuh. Terkejut juga sebab tak sangka Arif akan tumbuh gigi kekalnya seawal itu. Maka Mek ila pun membawa Arif ke Klinik Gigi berjumpa Dr.

    Seperti biasa sebelum ke klinik, Mek ila dah beritahu Arif yang ada kemungkinan giginya akan dicabut, jadi bolehlah Arif bersedia dan tidak terkejut bila ke klinik nanti.

    Arif gigi susu

    Kata Dr Venu yang peramah :

    ‘ Wah very good. Mommy jangan risau. Memang ada kanak-kanak yang tumbuh gigi kekal seawal 5 tahun, lagi lagi kanak-kanak yang dapat cukup khasiat’.

    Haha, nak ketawa pun ada dengar statement Dr. Memandangkan ini pengalaman pertama, Mek ila bertanya kalau-kalau ada cara lain selain mencabut gigi susu Arif. Kata Dr, satu-satu nya cara yang ada ialah dengan mencabut gigi susu Arif. Ini bagi membolehkah gigi kekalnya tumbuh dengan baik dan mengambil kedudukan yang betul. Kalau tidak dicabut nanti gigi kekal ini akan tumbuh di bahagian belakang gigi susu secara bersusun. Maksudnya bila gigi susu dah tercabut dan gigi kekal telah tumbuh dengan sempurna, gigi kekal ini akan kekal kedudukannya di bahagian belakang.

    Arif relax je

    Relax Je Arif Nak Cabut Gigi

    Yang seronoknya Arif juga sangat berani dan lansung tak menangis, malah sempat senyum lagi sebelum gigi susunya yang masih  baik dicabut.

    Gigi Kekal Tumbuh Lagi

    Tak disangka selepas sebulan, Arif bagitau yang dia nampak 1 lagi gigi kekal telah tumbuh. Alamak, kesiannya Arif asyik nak cabut gigi susunya. Kali kedua cabut gigi, lagilah cepat. Tak sampai dua minit semuanya dah selesai. Anyway thanks pada Dr Venu yang sangat peramah dan baik hati. Happy Deepavali ye~

    Arif dan Dr

    Arif sendiri pun nampaknya bangga dengan pertumbuhan gigi barunya. Katanya ‘ Arif dah besar kan bu’. Alhamdulillah memang Mek ila bangga dengan keberanian Arif mencabut gigi selain bab berpuasa penuh 21 hari pada tahun ini.

    Untuk makluman mommy dan daddy juga, biasanya selepas gigi susu dicabut, gigi kekal yang telah tumbuh tadi akan bergerak kedudukannya perlahan lahan ke bahagian hadapan dalam tempoh 2 minggu. Selepas 2-3 minggu, gigi tadi akan sebaris dengan gigi susu yang lain.

    Jadi mommies semua, jangan risau kalau anak tumbuh gigi kekal lebih awal. Yang penting teruskan melatih anak agar mereka dapat menjaga gigi sejak awal lagi.

    Salam sayang ~

    Nota: Bagi yang nak mendapatkan khidmat Dr Venu, bolehlah ke Klinik Pergigian Bandar di Jalan Besar Semenyih (berhampiran Public Bank) pada setiap hari Sabtu, Khamis dan Selasa.

    (Visited 808 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih, Family Arif

    Tags: , , , ,

    3 thoughts on “Kisah Gigi Kekal Arif Yang Tumbuh Awal ~ Apa Nak Buat Ye?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge