• Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~

    Dalam kehidupan yang makin mencabar ni, memang ramai yang mula susah hati. Harga barang naik, tol naik dan perbelanjaan sekolah anak-anak pun makin naik. Hakikatnya bukan mereka  yang berpendapatan rendah sahaja yang terasa, Mek ila percaya yang berpendapatan stabil pun terasa. Maklumlah masing-masing ada tanggungan dan liabiliti yang tersendiri.

    Alkisahnya hari ni Mek ila berdating dengan encik Husband di KL. Memandangkan encik  husband ada urusan yang tak dapat dielakkan dan perlu ke tempat lain maka Mek ila pun balik dengan menaiki teksi. Haha, terasa macam pakwe  makwe pula bila kena balik sendiri.

    teksi

    Pertama kali juga Mek ila balik dengan menaiki teksi 1Malaysia. Maka sempatlah bersembang dengan pakcik Teksi ini dan bertanyakan perbezaan tambang teksi 1Malaysia  dengan teksi yang biasa. Tambang teksi bermula daripada RM4 dan setiap caj seterusnya adalah adalah 30 sen berbanding caj permulaan teksi biasa RM3  dan 25 sen untuk caj berikutnya.

    Pak cik ni siap kata ‘ takpe nak, kalau tambang ni mahal, bagitau. Pakcik boleh kurangkan’.

    Alamak, mesti pak cik ni terfikir yang Mek ila mungkin x cukup duit agaknya. Maklumlah Mek ila kan sempoi macam kanak-kanak remaja hihi.


    Kisah Pak Cik Teksi

    Mungkin kerana Mek ila dah memulakan pertanyaan, pak cik ni pun menyambung cerita. Rupa-rupanya pak cik ni seorang pesara, selepas tamat perkhidmatan beliau masih lagi bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga. Membawa teksi adalah pekerjaanya yang ke 3. Boleh kan kita bayangkan betapa kuatnya pak cik ini mencari rezeki demi menyara keluarganya. Rasanya umur pak cik ni pun lebih 60 an, usia yang sepatutnya sudah sahaja perlu berehat di rumah.

    Sampai je ke destinasi, pak cik baik hati ni siap bagi diskaun, sungguh Mek ila terharu dengan kemurnian hatinya yang tak berkira walaupun mungkin dia sendiri agak susah.

    “Takpelah pak cik, saya bayar lebih sedikit ni, rezeki pak cik “.

    Maka berlalulah pak cik tadi dengan senyuman.

    Mek ila pun dapat lagi pengajaran yang  berharga hari ini. Sesuatu yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit. Yang pasti, sedekah dan kemurniaan hati bukan sekadar menggembirakan kita  kita, ia juga punca  rezeki dan kebahagiaan.

    Nak buat side income? : Jom whatsapp Mek ila 012-8943453 hari ini.

    Salam Sayang;

    (Visited 148 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi

    Tags:

    7 thoughts on “Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge