• Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!

    Kesibukan kerja boleh membuatkan kita sebagai ibu bapa kurang meluangkan masa untuk anak-anak. Itu memang tak dapat kita elakkan kerana Mek ila juga pernah melaluinya. Namun masa yang berharga dinilai daripada kualitinya berbanding kuantiti.

    15  minit masa berkualiti yang diluangkan setiap hari untuk anak-anak lebih bernilai dan berharga daripada tempoh sepanjang hari  yang dihabiskan dengan cara yang tidak tepat.

    ” Your children can be around you all day, but if you don’t spend quality time with them and you don’t pay attention to them and talk to them and listen to them, it doesn’t matter that they’re just around you.” – Brandy Norwood

    anak1

    Luangkan Masa Untuk Mereka
    Cara yang paling mudah ialah melakukan aktiviti bersama sama yang dapat menggembirakan anak. Ianya tidak semestinya perlu dilakukan dengan cara yang perlu mengeluarkan perbelanjaan tetapi boleh sahaja dilakukan di dalam rumah dengan peralatan yang sedia ada.

    anak2

    Ibu bapa boleh sahaja menemankan anak-anak bermain bersama atau melakukan aktiviti pembelajaran seperti mengaji, membaca atau mewarna lukisannya bersama-sama. Aktiviti berkebun, bermain bola, memasak bersama atau mengajak anak membersihkan rumah juga boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan.

    Membiarkan anak bermain sendirian dengan permainannya atau membiarkan anak menonton TV sendirian terlalu lama adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa. Ada kalanya ibu bapa juga berkesempatan bersama sama di ruang yang sama tetapi sayangnya tidak dihabiskan dengan masa yang berkualiti apabila masing-masing sibuk melakukan aktivitinya sendiri.

    Salah Anggap Tentang Masa Berkualiti

    Penghargaan dan layanan kepada anak boleh sahaja kita tunjukkan pada setiap masa bukannya pada masa masa yang tertentu sahaja seperti ketika bercuti atau pun apabila berada di luar rumah. Percayalah apabila ibu bapa mampu memperuntukkan masa yang berkualiti anak-anak juga akan menghormati masa ibu bapa mereka.

    Sebagai contoh anak mungkin sahaja akan mengganggu kita membuat kerja di sepanjang malam kerana dia inginkan sedikit perhatian. Namun kalau kita sememangnya telah memperuntukkan masa yang sama setiap hari untuknya, dia juga akan menunggu waktu itu dengan penuh kesabaran.

    anak3

    Aturlah Jadual
    Kerjasama mama dan papa amat penting agar masa berkualiti ini boleh diatur berasama-sama. Mungkin sahaja ketika mama sibuk di dapur menyiapkan hidangan makan malam, papa boleh mengajar anak-anak mengaji atau menyiapkan kerja sekolahnya. Begitu juga sebaliknya. Jangan lupa, anak-anak yang bahagia lahir dari kebahagiaan dan keharmonian mama dan papanya.

    Anak-Anak Anugerah Terindah

    P/s: Jom kongsikan aktiviti quality time mama dan papa bersama anak-anak.

    Salam sayang;

    (Visited 396 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak, Motivasi

    Tags: ,

    3 thoughts on “Terlalu Sibuk Dengan Kerja? Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak Tersayang!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge