• 5 Jenis Vitamin Ibu Hamil Wajib Ambil Secukupnya

    Seronoknya bila kita disahkan hamil. Namun kehadiran morning sickness mungkin membuatkan ibu ibu hamil letih dan tidak bermaya. Itu belum masuk bab tidak lalu makan dan muntah-muntah lagi. Teringat kenangan Mek ila mengandung dulu. Morning sickness boleh diibaratkan sebagai whole day sickness. Namun tetap kuatkan semangat dan sentiasa berharap agar fasa itu cepat berlalu.

     

    natural vitamin pillsVitamin Untuk Ibu Hamil

    Bila ke klinik atau berjumpa Doktor je, pasti Dr akan bekalkan dengan vitamin kan? Bab inilah ada ibu-ibu yang kalah. Dahlah nak makan pun tak lalu, bau vitamin pun boleh buatkan kita loya. Kalau ini terjadi, ibu-ibu digalakkan ambil vitamin di sebelah malam supaya keloyaan sedikit berkurangan. Yang penting jangan skip makan kerana vitamin ini sebenarnya amat penting untuk perkembangan bayi dan pembesarannya.

    Jom kita tengok kepentingan vitamin ini untuk Ibu dan Bayi

     

    1. Acid folic
    Acid folic sangat penting untuk memastikan bahagian saraf tunjang bayi terbentuk dengan sempurna. Malah ibu perlu mengambilnya seawal 3-6 bulan sebelum hamil hinggalah bulan ke 3 kehamilan. Dos yang ibu perlukan adalah sekitar 400mcg sehari.

    NTD

     

    2. Iron
    Selalu kan kita dengar tentang masalah HB rendah pada ibu hamil? Ianya adalah berpunca daripada kekurangan iron atau zat besi di dalam tubuh ibu. Zat besi amat penting dalam pembentukan sel-sel darah merah. Zat besi juga diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan ibu dan juga melalui plasenta kepada bayi.

    3. Vitamin C
    Vitamin C pula penting untuk  meningkatkan imun ibu ketika hamil dan juga membantu penyerapan zat besi yang dimakan ke dalam tubuh. Sebab itu kita digalakkan makan pil zat besi bersama sama dengan jus yang kaya dengan Vitamin C.

    Vitamin C

    4. Iodine
    Iodin adalah penting untuk fungsi tiroid yang sihat untuk wanita terutama  semasa hamil. Kekurangan iodin semasa mengandung juga dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran, kelahiran pramatang, dan kelahiran mati. Dos yang diperlukan oleh ibu hamil ialah sekitar 220 micrograms (mcg) sehari. Iodine ini biasanya tidak datang dalam single dose sebaliknya ada bersama-sama dalam pil multivitamin.

    5. Kalsium
    Pengambilan kalsium pula amat penting untuk kesihatan tulang dan gigi bayi. Selain itu kalsium juga amat penting bagi perkembangan jantung, saraf dan otot bayi yang normal. Pengambilan kalsium bersama magnesium dan Vitamin D yang cukup mampu mengelakkan masalah sembelit dan kejang pada ibu. Selain pengambilan pil kalsium, ibu-ibu juga boleh mendapatkan sumber kalsium semulajadi daripada produk tenusu lain seperti susu, keju dan yogurt.

    Makanan Kaya Kalsium Untuk Ibu Hamil

    Minyak Ikan
    Pengambilan minyak ikan pula amat digalakkan untuk perkembangan saraf otak bayi. Kerana inilah pakar O&G amat menggalakkan pengambilan minyak ikan oleh ibu hamil ketika bayi masih di dalam kandungan.

    Pengambilan vitamin vitamin ini juga bukan sekadar untuk kesihatan ibu dan bayi tetapi mampu menjadikan ibu lebih cergas dan bertenaga ketika hamil. Mudah-mudahan kehamilan kita semua selamat hingga ke penghujungnya, Amin.

    Inginkan Set Vitamin yang lengkap untuk kehamilan? Wasap Mek ila hari ini: 012-8943453.

    (Visited 486 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: ,

    6 thoughts on “5 Jenis Vitamin Ibu Hamil Wajib Ambil Secukupnya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge