• Benarkah Bayi Berisiko Tinggi Kena Jaundis Bila Si Ibu Berdarah O?

    Jaundis atau bayi kena kuning selepas lahir macam perkara biasa je sekarang ni. Kata MIL Mek ila, dulu-dulu tiada pun jaundis ni. Walaupun ianya dah jadi common, namun harus ingat jaundis ni merbahaya jika bacaannya terlalu tinggi. Bayi pun akan masuk wad untuk dipantau serta diambil bacaan darahnya setiap hari. Mak pun mungkin akan berpantang di Hospital.

    Jaundice Bayi

    Ibu Berdarah O Buatkan Bayi Lebih Berisiko Kena Jaundis?

    Selalu kan kita dengar nurse cakap

    ‘ Puan darah O, jadi bayi puan berisiko untuk kena jaundis’.

    Mek ila pun berdarah O, jadi memang nurse pun ada cakap dengan Mek ila dahulu. Tapi nurse pun tak explain mengapa Ibu Darah O lebih berisiko. Namun kalau kita perhatikan ramai sahaja ibu-ibu yang berdarah O tetapi anak mereka tidak pula terkena jaundice. Mengapa agaknya?

     

    Sebenarnya begini:
    Bayi yang ibunya Darah O berisiko dapat Jaundice bila bayi yang dilahirkan  berdarah A atau B. Tapi kena tengok pula jenis darah suami kita. Kalau kita darah O dan suami pun darah O, maka risiko ini tidaklah tinggi sebab anak pun akan berdarah O.

    Yang berisiko tinggi ini adalah disebabkan oleh ABO Incompatibility atau bahasa melayunya ketidakserasian ABO. Ia terjadi apabila ibu berdarah O manakala bayi berdarah A, B atau AB. Apabila si ibu berdarah O maka darahnya mempunyai antigen O. Antigen O ini semulajadi akan mempunyai rintangan atau antibodi daripada antigen A atau B sebab ianya dari jenis yang berlainan. Kiranya macam tak berapa match la dalam bahasa yang agak simple.

    ABO Blood

    Antigen O yang dihasilkan tadi boleh masuk ke  dalam sistem peredaran darah bayi melalui placenta dan mula mengganggu proses penghasilan darah merah bayi. Ini menyebabkan sel darah merah bayi diuraikan dengan lebih cepat dan boleh menyebabkan penghasilan birubilin yang tidak terkawal.

     

    Apa Pula Birubilin Ni?

    Bilirubin ni adalah hasil dari penguraian sel darah merah yang pecah dan biasanya akan dibuang keluar melalui urin.  Jadi bila sel darah merah pecah terlalu cepat makin banyaklah birubilin yang terhasil. Hati akan membantu proses pembuangan bilirubin ini. Oleh kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan birubilin yang berlebihan ini maka bacaan jaundis bayi boleh naik.

    Jadi dalam bahasa yang mudah difahami jaundis ini terjadi apabila bayi tidak dapat mengeluarkan semua birubilin yang terhasil dengan sempurna. Apabila bayi dilahirkan, satu satunya cara untuk mengeluarkan birubilin ialah melalui najis bayi . Maka wajiblah ibu menyusukan bayi dengan susu ibu dengan kerap bagi menggalakkan bayi mendapat susu ibu secukupnya dan seterusnya akan membuang najisnya dengan lebih kerap.

     

    Kesimpulannya

    Semua bayi berisiko mengalami jaundis cuma jika ibu berdarah O dan bayi yang lahir pula berdarah A, B atau AB risikonya adalah lebih tinggi berbanding bayi yang lain. Namun ibu ibu tidaklah perlu risau kerana dengan teknik perubatan yang modern, maka masalah ini dapat dibantu dan dikawal.

    Jadi tidaklah semua ibu yang berdarah O itu lebih berisiko lebih-lebih lagi jika si bapa pun darah O juga. Bila mama darah O, papa darah O automatiklah bayi pun darah O.

    InsyaAllah di entry akan datang Mek ila akan ceritakan lagi tentang kaedah menurunkan kadar bacaan kuning bayi dengan lebih cepat dan selamat.

    (Visited 2,873 times, 4 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    3 thoughts on “Benarkah Bayi Berisiko Tinggi Kena Jaundis Bila Si Ibu Berdarah O?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge