• Mengapa Bantuan Papa Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

    Ramai yang masih beranggapan bahawa penyusuan Susu Ibu adalah tanggungjawab mama sepenuhnya. Jadi bila anak menangis je, biasanya papa akan cepat-cepat menyerahkan bayi kepada mama untuk disusukan. Selalu je senario ini terjadi kan? Sedangkan bayi menangis bukan semata-mata kerana lapar. Mama pula jangan marah papa, bukan apa papa pun panik sebenarnya dan tak tahu nak buat apa. Jadi mama dan papa perlu ketahui mengapa bayi baru lahir suka menangis dan cara menanganinya.

    Bantuan Papa

    Sokongan Papa Penentu Utama Kejayaan Mama

    Tahukah papa sokongan papa kepada mama adalah kunci utama kejayaan penyusuan susu ibu kepada  bayi? Ini kerana penyusuan 2 tahun penuh adalah perjalanan yang agak panjang dan tanpa sokongan papa, belum tentu mama boleh melakukannya. Selalu je Mek ila jumpa mama yang terpaksa mengalah dalam penyusuan bila papa tidak support dan suka ambil jalan mudah. Jadi harapnya semua papa yang membaca blog Mek ila ni supportive dan sentiasa membantu mama apabila diperlukan.

    Bagaimana Papa Boleh Membantu?

    1. Papa Ambil Tahu Tentang Ilmu Penyusuan
    Kalau boleh papa ambil tahu dan dapatkan info serba sedikit tentang penyusuan. Paling tidak kena tahu mengapa penyusuan itu sangat penting untuk bayi. Juga mengapa bayi perlu disusukan selama 6 bulan penuh tanpa perlu diberikan sebarang makanan atau minuman tambahan lain.
    Jadi bolehlah papa explain dengan penuh ilmiah bila ada orang lain yang cuba mencadangkan agar bayi diberikan susu lain atau makanan lain sebelum tiba masanya. Sesungguhnya papalah hero dan penjaga kepada anak-anak yang mama lahirkan.

    Dad is My Hero

    2. Papa Pastikan Mama Selesa Ketika Menyusukan Bayi
    Tahukah papa, bukan papa sahaja yang kekok untuk memegang bayi baru lahir, mama juga mungkin begitu terutama untuk anak yang pertama. Jadi papa bantulah mama agar selesa ketika menyusukan bayi terutama di saat saat awal kelahiran. Paling tidak letakkan bantal yang selesa di bahagian belakang badan mama seandainya mama tidak sempat mencapainya bila bayi mula menangis.

    3. Papa Pastikan Mama Cukup Tidur
    Tempoh bersalin dan berpantang memang agak memenatkan. Malah jadual tidur mama juga mungkin terganggu kerana bayi akan bangun menyusu sekitar 2 jam sekali. Jadual  berpantang mama pula memang padat dengan pelbagai aktiviti termasuk bertungku,  malah kadang -kadang belum pun sempat mama nak berehat si comel telah pun bangun dan minta disusukan. Jadi bila perlu, biarkan mama tidur seketika untuk  mengembalikan semula kesegaran.

    mama sleepy

    4. Papa Bantu Uruskan Bayi
    Menjaga anak perlu dibuat bersama-sama walaupun sebenarnya super mama mungkin mampu menguruskan bayi seorang diri. Pernah terjadi seorang kawan Mek ila ditahan di wad kerana demam denggi. Maka tinggallah bayi bersama papa di rumah. Memang papa sangat menggelabah kerana sebelum ini langsung tak libatkan diri dalam penjagaan bayi. Nak tukar lampin pun terketar-ketar apa lagi nak mandikan bayi. Jadi papa libatkanlah diri dalam penjagaan bayi bermula daripada mereka kecil lagi. Bayi juga pasti gembira dengan sentuhan dan jagaan dari papa kesayangannya.

    dad change drypers

     

    5. Papa Jangan Cemburu Pada Bayi
    Walaupun kedengaran pelik, perkara ini juga sering terjadi. Di awal kelahiran memang mama akan lebih memberikan masa kepada bayi. Maka papa juga perlu begitu. Janganlah sesekali rasa ‘ mama asyik layan baby je, papa ni sorang-sorang je’. Sesungguhnya anak itu adalah anak mama dan papa bersama. Bila papa sendiri melibatkan diri dalam penjagaan bayi, papa sendiri akan sedar bahawa tiada ada istilah melebihkan bayi tetapi ianya adalah tanggungjawab mama dan juga papa dalam menjaga bayi yang masih kecil itu.

    6. Terus Sokong Mama
    Sepanjang 2 tahun penyusuan bayi, mama mungkin menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan, bengkak susu, susu merundum, tiada milkbooster dan pelbagai  masalah lain termasuk masalah emosi di tempat kerja yang boleh mengganggu penyusuan. Maka papa teruslah menyokong mama dan pastikan mama kekal positif dan gembira. Jadikan 2 tahun ini satu pengalaman yang terindah buat mama dan bayi yang tersayang.
    Mek ila doakan semoga penyusuan bayi mama dan papa berjaya sehingga ke 2 tahun nanti ye.

    Salam Sayang:
    Mek ila

    (Visited 292 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: ,

    One thought on “Mengapa Bantuan Papa Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge